Assalamualaikum.
Ni nak cerita sikit. Pukul 8 tadi dekat berita ada mengatakan bahawa seorang wanita yang dipercayai seorang blogger seperti kita telah menghina Islam di mana dia menghina Nabi Muhammad S.A.W. Dia yang berasal dari Shah Alam tetapi tak tahu sama ada dia beragama Islam ataupun sebaliknya. Wanita berkenaan mengatakan sekiranya blog yang diceritakan tuh tak ada kena mengena, jangan baca.
*Google*
Namun, blog tersebut telah di"email"kan kepada pihak tv3 oleh seorang pembaca blog tersebut. Ada seorang ustaz tadi mengatakan, Adakah perkara itu merupakan perkara biasa bagi kita semua? Siapa yang mengatakan sedemikian itu dikatakan mempunyai iman yang sangat lemah. Kalau salah, bagitahu ye.
Kita kena menggunakan kuasa ataupun akta bagi membasmi gejala seperti tersebut. Walaupun seseorang itu menggunakan hati, masih ada iman di dalam dirinya. Pembaca berita tersebut ada juga mengatakan bahawa sekiranya wanita terbabit bukan beragama Islam, maka terdapat pihak yang menggunakan identiti wanita itu untuk kebaikan mereka sendiri.
1 comment:
wanita ni dipercayai bekerjasama dgn beberapa lelaki.hoho.hrp2,cpt diberi tindakan
Post a Comment