Friday, October 16, 2009

sayang :)

Assalamualaikum dan selamat hari raya. mood beraya masih ada lagi ni walaupun raya dah nak habis. masa ni la banyak rumah terbuka :D tapi aku tak nak la cerita pasal raya ni. dah muak. haha. entry ni khas untuk adinda tersayang, nur fathiyah bt mohd sholihin. walaupun bukan adik kandung, namun tetap adik :)

selamat ulangtahun kelahiran yang ke-14 sayang ;D semoga hidup diberkati dan segala yang diimpikan tercapai. walaupun ayat ini diulang untuk kali yang kedua. nak ulang juga! ;p lupa,sila tuntut hadiah anda selepas kakak habis spm,ya? kakak dengan perasaan gembira dan senang hati ingin ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi cakap kakak la orang pertama yang memberikan kata-kata sakti itu. kakak terharu. huhu. nak cakap ni, kakak touching tahu tak ajak kakak pergi sambut hari lahir adik. maka dengan itu, hadiah adik akan ditarik kembali. haha. kejam, kejam. lupakan sahaja kekejaman kakak tersebut ;) selamat maju jaya dan ingat hari ni merupakan titik permulaan hari adik. umur kamu sudah meningkat dan cabaran hidup juga makin sukar. harap kamu tabah :))

p/s: maaf kerana panjang sangat ucapan aku. nak buat karangan dah sebenarnya tapi tak apa lah. ada juga orang yang menyampah melihat penulisan aku ni. hehe

2 comments:

Blog Eazy Izzuddin said...

hey...
lame x menyinggah...
hik3

thanks karena singgah...
priksa dah dkt kan
xD

Zahirah said...

ye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...