Assalamualaikum dan selamat malam untuk yang berkeinginan untuk tidur kerana esok perlu bekerja. Kepada yang bercuti esok, selamat berjaga malam la ye. Tau dah korang semua nak syok-syok tengok wayang, karaoke, lepak uptown ke kan? Bangun pula mesti matahari dah naik kan? Dah agak dah. Jangan nak menafikan ye? Tipu, dosa tau. Hahaha. Maaf, tangan aku sangatlah mengada-ngada nak menaip entry pada malam ni. Tak panjang, pendek pun tak apa.
Hal ini disebabkan esok dah mula bekerja. Orang lain sibuk bercuti, aku sibuk nak kerja. Ada aku kisah korang semua cuti? Haha. Aku dah biasa kerja waktu cuti am waktu kerja lepas SPM dulu-dulu. Seronok, bukan? Waktu itulah ramai pelanggan. Wang pun masyuk la kan. Laju je masuk. Bos pun gembira sakan. Bukan main lebar senyum. Kenyataan tu. Aku tak tipu. Lalala~
Aku pun begitu semangat pula malam ini untuk menyiapkan persiapan aku pada esok hari. Baju, seluar, tudung apa semua sudah lengkap digosok. Hehe. Tak syoknya, kena pakai baju warna hitam. Dah la baju warna itu sangat sedikit jumlahnya. Kalau warna merah kan senang *adahal nak cakap baju waktu kerja dulu* Hahaha. Tak apa, dah cukup sebulan nak pakai uniform pink tu. Hooray! "Saya nak kerja rajin *kalau kerja lebih masa pun tak apa*, nak cepat belajar *supaya senang nak handle kerja* dan juga jaga hati bos saya" Boleh ke aku buat azam macam tu? Haha.
Baiklah, jam pun sudah menunjukkan 11.31 malam. Aku perlu tidur walaupun tak ngantuk. Mana tidaknya, aku selalu tidur pukul 2 atau 3 pagi. Hoho. Aku perlu susun balik jadual harian aku selepas ini. Aku undur diri dulu ye, teman-teman? Assalamualaikum.. :)
Pesanan dari penaja : Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli kerongsang minimum RM50, anda akan mendapat sehelai shawl percuma mengikut kehendak kalian. Hal ini disebabkan stock clearance sedang dijalankan. Harap maklum :)
1 comment:
slamat bekerja za... -yana-:P
Post a Comment