Showing posts with label ziqri. Show all posts
Showing posts with label ziqri. Show all posts

Saturday, September 3, 2011

Boy Vs Girl

Assalamualaikum semua. Amacam hari ni? Mood ok? Masih beraya ke? Huehue. Masih gelak lagi ke pasal entri aku yang semalam tu? Hahaha. Kepada yang belum baca lagi, tekan SINI.


Haaa.. Berkenaan dengan tajuk aku tu, korang nak tengok gambar anak buah aku dalam 2 versi tak? Hahaha. Serius, lawak~!


Boy Version


Budak botak yang comel bernama Ziqri :D

Girl Version


Hai, nama saya Ziqriyah~ Hahaha. Banyaklah. Semua ni ibu dia yang punya kerja. Tak pasal-pasal anak yang kena. Hoho


Tapi memang ada orang cakap muka Ziqri ni macam girl. Awww.. Nasib kau lah Ziqri. Kalau pakai baju kurung, memang menjadi kot. Hahaha. Dalam entri aku yang INI, ada yang cakap Ziqri ni anak aku. Muehehe. Ada rupa aku ke babe?



"Okaylah auntie dan uncle, Ziqri nak tidur ni. Tilam dah memanggil. Byebye"

*Padahal budak kecik ni tengah beraya. Hahaha :p*


Nota Kecil : Lagi 2 hari sebelum meninggalkan rumahku. Huuu..

Thursday, September 1, 2011

Special Raya : Jihah ajak tayang baju raye

Assalamualaikum. Hehe. Memandangkan aku dah janji dengan empunya segmen ni, aku nak tunaikanlah janji. Tak baik kau janji, tapi tak tepati. Karang tak pasal-pasal kau kena cop, "Janji Melayu, memang macam tu". Baru kau tahu langit rendah ke tinggi. Eh, tiba-tiba pula. Haha. Jom layan! :D


Haaa.. Korang, jom join. Tekan SINI. Mari kita meriahkan segmen ni wehhhhh.. Tak rugi, aku tahu ramai dalam kalangan korang yang bergaya sakan waktu raya ni. 


Jom usya wehhh.. Tapi sama je kot posing aku. Sure korang bosan kan? Ada aku kisah? Haha.



Mesti ada yang perasan aku pernah letak gambar ni untuk entri sebelum-sebelum ni kan? Huehue. Nak buat macam mana, gambar favourite aku untuk tahun ni :p


Yeahhhh. Aku rindu gilaaaa saat ni. Beraya di Johor :'D Muka aku bercahaya wehhh.. Ada "NUR"kah di situ? *perasan kejap*

*Ni kali pertama aku memakai shawl pada hari raya* 

Warna kegemaran aku, HIJAU ! Hehe. Kebanyakan baju kurung aku asyik warna hijau je memanjang. Tak kisahlah kalau brooch aku banyak warna hijau. Hahaha :p


Gambar last sekali ni wehhhhhh.. Sweet tak wehhh? Tolong cakap sweet, boleh? Matching tuuuu.. Bagai pinang dibelah dua. Bergambar bersama encik abang dan juga anakkkkkkkk.....SAUDARA! Haha. Perhatian, tu abang kandung gua, ok? Gua sekeh juga siapa yang cakap tu pakwe gua. Lu bikin gua panas je kan? Haha :D


Nota Kecil : Eh, ada terkasar bahasa, maafkan aku tau. Muehehe. Aku gurau-gurau je tu. Tak seronok kalau tak bergurau-senda. Hidup tak ceria bak kata aku. Haha.

Tuesday, August 16, 2011

Apabila operasi jimat bermula..

Assalamualaikum. Ehem ehem. Dah ada yang baca ke entri STICKY POST aku tu? Hehe. Sebenarnya entri tu khas untuk MEREKA ni. Maaf tau kepada yang dah email aku. Tak apa, kalau tak ada feedback daripada mereka, aku masukkan nama yang dah email tu ye? :)


Okay, back to normal. Hari Sabtu hari tu aku kerja ikut jam. Tengah hari tu aku dah balik. Sementara tunggu ayahanda jemput, duduk dekat tepi tangga. Tiba-tiba muncul seekor kucing jalanan. Fuhhh.. Manja bukan main. Gesel-gesel dekat seluar aku. Dah la seluar warna hitam. Bila kena bulu dia yang berwarna perang tu, terserlah kontra seluar aku. Haha.


Kemudian pergi ke supermarket bersama anak buah aku sorang ni, Ziqri. Aku yang dukung dia. Ada orang pandang aku semacam. Hoho. Pelik ke? Jangan pelik la :p Tapi budak kecik ni berat. Dah la mak cik dia ni kurus. Haih.



Ni haaa budaknya. Comel tak saya? Awww.. :p


Malam tadi pun asyik layan dia ni je. Kemudian, sesi menjahit bermula. Petang tadi sibuk mencari kain untuk buat beg dan juga zip untuk buat bekas pensil. Tak perlu beli la. Bazir je. Kalau buat, jimat. Haha.


Ni la hasilnya..



Warna-warni tak? Hoho. Sebenarnya, aku nak buat yang jenis felt punya. Tapi aku fail betullah bahagian felt tu. Pernah la juga buat macam keychain. Lepas tu, terbengkalai sebab aku tak ada warna merah dan putih untuk buat domo. Hahaha. Alasan untuk malas buat la tu namanya :p


Nota Kecil : Masih fikirkan cara nak buat beg dengan senang-lenangnya untuk dibawa ke Universiti nanti. Lalala~ :p


Friday, July 1, 2011

Z lagi???

Assalamualaikum. Mari meriahkan blog dengan gambar budak kecik yang comel selaku anak buahku, Ziqri. Hehehe. Aku pernah buat previous entry tentang budak ni. Klik sini untuk lihat kembali. Dia hampir memasuki 4 bulan. Besar dah dia ye? :) Dah pandai hisap jari, mengiring, dan menjerit dengan suara nyaring dia tu. Sakit telinga dengar. Sabar je la. Hahaha :D


Ni masa kami sekeluarga pergi makan steambot. Orang lain sibuk makan, dia sibuk usya sana sini. Hahaha. Kesian betul ziqri tak dapat makan. Last-last, dia yang tertidur. Hehe.

Saya Ziqri yang comel. Auntie? Haha :D

Mari kita bernasyid jom? Sepohon kayu daunnya rimbun.. Lalalala~ :p

Dah penat main-main, jom sambung tidur! Zzzzzz..

Ok ok. Kucing aku pun tumpang sekaki. Hahaha.


Habis sudah. Byebye.


Pesanan dari penaja : Mari bekerja segigih mungkin. Weehooo! :D

Thursday, May 19, 2011

Teman bermain

Berjumpa kembali.. Wah, rajin betul aku update blog malam-malam ni. Semua ni gara-gara asyik tunda nak update tentang anak buahku sorang, Muhammad Ziqri Yusoff selaku cucu tunggal keluargaku. Dah pandai berjalan sikit demi sedikit dan suka borak dengan orang. Yeke? Hahaha :p Dia dilahirkan 12 Mac 2011. Mai-mai rajinkan diri untuk tengok semua gambar budak kecik ni. Hehe.


macam boy ke girl eh? hoho. i love u mom je. dad hilang. haha

satu set lebah tau. haiyooo~

dia suka senyum. awwwww.. comel tak? hehe

jelir je budak ni :p

tilam baru dia. seronok je tengok dia main.


Sekian sudah cerita mengenai Ziqri. Yayyyyyy! Hutang sudah selesai. Amacam, comel tak anak buah saya? Hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...