Sunday, June 7, 2009

cik hira


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda sekalian.maaf.cik hira tidak mempunyai sebarang mood yang elok.beliau pening kepala memikirkan masalah yang timbul dan memberikan tamparan yang hebat dalam hidup beliau sendiri.sepanjang hidup selama 16 tahun lebih,cik hira tidak pernah merasakan bahawa beliau telah melakukan sesuatu yang memberikan kesan negatif kepada orang lain.beliau telah diberikan nasihat yang begitu berguna oleh seseorang.dan cik hira ingin mengucapkan terima kasih kepada individu tersebut kerana telah berjaya menyedarkan diri cik hira.kata orang,orang yang lebih tua lebih banyak makan garam dan mereka lebih berpengalaman.sesudah nasihat itu diberi,timbul rasa kekesalan di hati yang amat dan menikam kalbu.maaf.ayat ni bukan hanya rekaan tetapi realiti.


namun,muncul pula individu lain bertanyakan hal sebaliknya pula.tetapi cik hira tidak ingin menunjukkan bahawa beliau adalah seorang yang lemah di hadapannya.beliau tahan supaya air mata tidak mengalir ke pipinya.semasa dalam perjalanan pulang ke rumah juga beliau tahan daripada menangisi perkara yang berlaku terhadap diri cik hira.tetapi air mata beliau sempat dilap agar penumpang lain tidak mengesyaki sesuatu terhadap beliau.beliau asyik termenung dan pening memikirkan perkara yang sedang bermain di kotak fikiran sepanjang perjalanan tersebut.terdetik di hati cik hira yang mengatakan bahawa kita sebagai manusia tidak pernah lepas daripada melakukan kesalahan.cik hira bersyukur kerana telah sedar daripada mainan dunia.semua ini hanyalah pinjaman dan bukannya kekal hingga ke akhir hayat kerana maut sentiasa menunggu kita.


jika diikutkan hati cik hira,beliau tidak ingin dikaitkan dengan mana-mana individu yang terlibat dalam masalah beliau pada kali ini.bukan kerana ingin memutuskan hubungan silaturahim tetapi ingin mengelakkan daripada fitnah yang berlaku.tidak hairanlah andai ada sahaja mulut manusia yang ingin bercakap sesuatu yang buruk terhadap seseorang.hanya itu sahaja cik hira harapkan.cik hira tidak mahu masalah lain pula timbul.takut perkara itu akan merebak dan akan bernanah seperti hati manusia apabila disakiti.cik hira ingin menyatakan di sini bahawa cik hira tak suka orang lain terluka.biarlah hati beliau sahaja yang terasa.


sebelum cik hira undur diri,maaf seandainya entry cik hira hari ini lain dan luar biasa.tidak seperti selalu.maaf juga jika beliau bahasakan diri beliau dengan panggilan cik hira.salam~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...