Monday, April 6, 2009

story mory

Assalamualaikum w.b.t semua.lama betul tak sentuh blog ni ha.haish.lama betul menyepikan diri.almaklumlah sibuk sikit kebelakangan ni.banyak sahaja masalah.terpaksa juga nak update ni.huhu.kali ni kita ringan-ringankan lah diri untuk senyum.bukan ke senyum itu sedekah?lagi pun,senyum dapat menghilangkan segala keresahan.betul,bukan?hahaha.sangat merepek.mari kita layan cerita di bawah ;)

Sudu
Doktor: Encik kena ambil tiga sudu ubat ini setiap hari.
Pesakit: Eh,tak boleh doktor!
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu sahaja!

Kelas BI
Ayah: Apa fasal BI kamu asyik dapat kosong sahaja? Kenapa?
Anak: Eh,ayah! Itu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah beri bintang dekat budak-budak lain. Ada yang dapat lima bintang, ada yang empat bintang. Bila giliran adik,bintang dah habis. Sebab itu cikgu bagi adik bulan.

Pak Pandir ke Kebun


Seperti biasa Pak Pandir nak pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah memotong getah. "Hati-hati ya bang semasa di tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.

Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebatang jalan raya untuk sampai ke kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalan raya besar tersebut,ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut,dia pun pulang hampa.Mak Andeh hairan kerana Pak Pandir pulang awal ke rumah lalu bertanya,"Kenapa bang?"

Pak Pandir pun menjawab,"Sejak bila kerajaan kita tak izin kita MEMOTONG getah? Diletaknya papan tanda besar dekat tepi jalan depan kebun kita,"DILARANG MEMOTONG".

Tiru
Cikgu: Encik,anak encik didapati meniru Ali dalam ujian.
Bapa: Apa buktinya,cikgu?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor empat ni."Siapakah yang menemui Pulau Pinang? Seman tulis,"Saya tidak tahu" dan anak encik tulis,"Kalau engkau tak tahu,aku lagilah tak tahu".

2 comments:

Blog Eazy Izzuddin said...

haha...
mcm2 story mory nye..
xD

Zahirah said...

huhu.bosan sebenarnya.cerita tu juga yang diupdate buat tontonan semua.haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...