Saturday, April 11, 2009

selamatkanlah kami :(



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.kita baru sahaja menjalankan program Earth Hour sempena bumi kita yang semakin panas akibat lapisan ozon yang semakin nipis.tahukah anda bahawa penggunaan plastik bukan sahaja mendatangkan faedah malah memberikan kesan negatif dalam kehidupan seharian kita?seperti yang kita maklum,plastik mudah digunakan dalam pelbagai situasi.sebagai contoh,membungkus makanan.plastik mempunyai pelbagai ciri,iaitu ringan,mudah dibawa dan juga murah.alam sekitar di negara kita semakin terjejas akibat sampah plastik yang begitu banyak sehinggakan boleh dikatakan mencapai ketinggian seperti ketinggian KLCC.

Jangka hayat plastik adalah lama.sebagai bukti,apabila kita membakar plastik,kita akan mendapati bahawa plastik yang dibakar tadi hanya berubah bentuk tetapi tidak lupus.rakyat kita semakin gemar menggunakan plastik dalam rutin harian mereka.jika masalah ini tidak dibendung,maka negara kita akan mengalami masalah yang rumit dan mungkin tidak boleh diatasi lagi.

adakah anda ingin alam sekitar menjadi begini?sanggupkah anda?

Plastik tidak dimusnahkan melalui proses organik.bahan sisa yang dihasilkan oleh sektor perkilangan dan domestik boleh dimanfaatkan melalui proses kitar semula.kitar semula ialah aktiviti memproses barang-barang yang terbuang untuk dijadikan barang-barang baru yang berguna.beberapa buah negara amat prihatin dengan cara ini,iaitu Jerman,Denmark serta Taiwan.Di Jerman,pekilang menandakan semua kotak barangan mereka dengan tanda hijau ataupun green dot.terdapat tiga cara memungut bahan terbuang untuk dikitar semula.pertama,dengan menyediakan tapak pengumpulan dan tong kitar semula di jalan-jalan utama dalam kawasan kilang,perniagaan,dan perumahan.kedua,orang ramai boleh mengisi bahan untuk dikitar semula ke dalam beg plastik yang mempunyai logo green dot yang diberi secara percuma.beg ini disangkut di pagar rumah untuk memudahkan agensi pemungut mengutipnya.ketiga,orang ramai juga boleh membawa bahan untuk dikitar semula terus ke pusat pengumpulan.

Dengan itu,penggunaan sumber plastik boleh dijimatkan serta boleh digunakan semula tanpa membazir.kebersihan persekitaran dapat dikawal kerana mengurangkan pembuangan bahan sisa.kos pelupusan bahan buangan ini juga dapat dijimatkan.mari la kita sebagai rakyat Malaysia menjaga alam sekitar supaya generasi akan datang dapat merasai seperti yang kita lalui sekarang.

cintailah alam kita :)

2 comments:

Blog Eazy Izzuddin said...

huhu..
x thu pe jd kt dunie..
xD

Zahirah said...

eazy:semua dah tak peduli tentang dunia.
isk3 :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...