Thursday, November 5, 2009

kesihatan


Assalamualaikum w.b.t kepada teman-teman sekalian. hari ni aku hanya ingin cerita mengenai ubat sahaja. nampak ubat-ubat di atas? semua itu ubat aku la. pil yang dalam plastik di bawah itu untuk selesema dan yang lain untuk ulser lidah. banyak, bukan? haish. terpaksalah aku makan semua ubat-ubatan tersebut. boleh dikatakan setiap hari aku akan mengalami selesema. apabila ayah aku dengar bunyi yang kurang menyenangkan, mula lah dia risau. hehe x)) sebelum ni, aku ada juga mengalami sakit tekak tapi alhamdulillah sudah pulih. masa nak spm ni lah, kesihatan aku mula terganggu.

tapi ubat selesema nak habis dah. manakala untuk ulser lidah baru sahaja beli malam semalam. dah alang-alang balik dari kenduri terus pergi ke klinik untuk membuat temu janji bersama doktor. alih-alih dapat 3 jenis ubat-ubatan. tapi kadang-kadang aku degil juga. dah tahu ada selesema, boleh pula nak main dengan kucing tersayang. almaklumlah aku ni kan tuan kepada cik itamku dan aku sempat juga menghabiskan satu bungkus coklat pahit walaupun lidah sakit. huhu. aku harap aku cepat sembuh supaya dapat menjalani hari-hari spm dengan penuh gembira ;)

4 comments:

mentoshlight said...

alolo...
cian die demam..
gud luck for ur spm...

silbi abigail said...

mgkin tu bkn selsema tu.. resdung kot.. atau ada apa2 allergic pd makanan yg leh wat sentiasa selsema... dptkan pakar..
get well soon..

hira said...

mentoshlight : saya tak demam la
saya hanya selesema sikit sahaja
insya allah bakal sihat sebelum spm tiba :)

hira said...

silbi abigail : resdung ek kalau macam itu?
hehe x))
tak tahu la pula
tapi bila saya makanan laut boleh sahaja
resdung juga ke namanya?
insya allah kalau selesema ni berlarutan,baru saya pergi jumpa doktor pakar
terima kasih di atas nasihat awak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...