Saturday, December 17, 2011

GA TERAKHIR 2011 CIK MAY

Assalamualaikum. Dan dan dah terjumpa giveaway ni. So, layan je la kan. Hehe.




Sila rajinkan diri untuk tekan SINI untuk keterangan lanjut.


Memandangkan tahun 2011 dah nak pun beransur berlalu, tapi alhamdulillah ada juga azam yang dah pun tercapai. Pertama, pointer masa matrik aku memberangsangkan dan alhamdulillah syukur berjaya juga aku melanjutkan pelajaran ke universiti seperti sekarang. Kedua, terdapat juga perubahan yang berlaku dalam diri aku. Penghijrahan seharusnya ada kan. Begitu juga aku. Itu je yang aku betul-betul harapkan.


Tapi kadang-kadang terdapat juga manusia yang cepat putus asa apabila apa yang diharapkan itu tidak tercapai. Jangan macam tu. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Kalau Dia tak makbulkan sekarang, mungkin esok lusa lagi hebat nikmat yang ingin diberi. Siapa tahu kan? Tapi jangan lupa diri pula sudahlah.


Nota kecil : Mari berusaha! ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...