Wednesday, April 8, 2009

malang tak berbau.bau ke?huhu

Assalamualaikum semua.haish.tak ada idea betul nak update blog ni.tapi disebabkan malang yang tak berbau baru sahaja terjadi kepada diriku,aku ceritakan juga perkara tersebut.hanya gara-gara lalai dan asyik leka dengan pc ni ha,aku lupa untuk tutup api air yang dijangka dekat sejam aku jerang.hahaha.aku berkejar-kejaran untuk turun ke bawah dan menuju terus ke dapur.aku dah dapat agak mesti air dah makin kering.aduh!nasib baik la tak banyak.kalau tak,memang naya aku.buat penat masak air tapi kering.

Semasa nak bukak penutup periuk air tu,aku guna sudu.hahaha.jangan gelak,ok?memang tu la cara aku bukak.anda semua,aku tak tahu la.sekarang kan zaman dah canggih dan serba baru,tak da nya la nak guna periuk.semestinya ada peralatan yang lain.huhu.sambung cerita tadi,masa nak bukak tu,dengan serta-merta wap air yang terjadinya akibat pertukaran cecair kepada wap air telah menyebabkan ibu jariku sakit.haba yang teramat panas itu bagaikan 100 darjah!waaa..sakit bangat!terpaksa juga la aku rajinkan diri pergi ke bilik air untuk sapu ibu jari dengan ubat gigi.kata orang-orang tua,ubat gigi la penawar kepada lecur dan yang sama waktu dengannya.hanya itu sahaja la cara yang aku ikut.

aku guna ubat gigi safi."selamat dan suci".hehe ;pp

harap-harap ibu jari aku ni cepat sembuh la.sakit je dari tadi.nak taip ni pun rasa sakit lagi.moral daripada cerita di atas ialah kita haruslah sentiasa berwaspada.kalau nak bukak periuk air pun guna la sarung tangan.haish.malang menimpa diri je.huhu.sekian :)

4 comments:

julietANNA said...

eh.betul ke tips ni?selama ni dok biar je.lain kali blh try r gak :D

Blog Eazy Izzuddin said...

cepat sembuh la ye..
xD

Zahirah said...

julietANNA:saya tak tahu la betul ke tak tips tuh.cuba la dulu.huhu

Zahirah said...

eazy:terima kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...