Thursday, April 16, 2009

seksa hidup


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.hari ni aku akan bercakap mengenai babysitter.anda semua pernah mengalami situasi sebegini?aku?tak pernah kot.tapi....cerita ini mengisahkan budak-budak kecil iaitu jiranku sendiri.semalam,ketika aku sedang sibuk mendengar lagu kat komputer ni,tiba-tiba kedengaran suara budak memberikan salam di hadapan rumah.aku punya la tergesa-gesa untuk turun ke bawah melihat apa yang sedang berlaku.namun,apabila pintu sudah dibuka,aku tanya kepada salah seorang budak tersebut.berikut merupakan perbualan kami.

aku:waalaikumussalam..ye,nak apa?
budak:lapa la.nak makan..

Hahahaha.pendek je perbualan kami sebenarnya.mula-mula aku ingatkan apa la budak-budak tu nak.rupa-rupanya nak makan.aku tak tahu nak bagi budak tu makan apa sebab makanan dah tak ada.aku naik atas dan suruh adik lelaki aku bagi mereka makan.aku pun tak tahu la apa yang adik aku bagi.dengar senyap sunyi je.

Tapi,hari ni mereka datang lagi.mereka masuk dengan baik.pintu pagar dibuka.kemudian,ketuk pintu.tok!tok!tok!assalamualaikum..masa tu,aku tengah mandi.adik aku pula ada kat bilik air bawah.dengar mereka bercakap,"tak ada orang kot".kemudian,kedengaran pintu pagar ditutup kembali.apabila abang aku balik,dia pun ketuk pintu kuat-kuat.haish.aku pun cepat-cepat la bukak pintu dan sejurus itu,aku tunjukkan signal senyap sambil menunjukkan arah rumah jiran aku itu.aku kembali tutup pintu dan takut didengari oleh budak-budak tadi.namun,mereka tetap dengar.

Beberapa minit kemudian,mereka kembali!hahaha.geram betul.mereka kembali menggangu ketenteraman.aku tunggu je kat depan tangga disebabkan takut abang aku bukak pintu.jangkaan aku memang betul.aku cakap kepadanya,"kalau nak bagi mereka makan,jaga ataupun apa-apa,pergilah bukak pintu tu".dia cakap,"tak nak aku".hahahaha.semua orang tak nak layan sama itu budak.haish.sampai sekarang aku tulis blog ni pun,mereka masih ketuk pintu.nak je aku cakap,"nak rosakkan pintu rumah orang ke?".cuba anda bayangkan betapa seksanya kami di sini.mungkin budak-budak tu dah terbiasa buat macam tu kot?hurm..

6 comments:

i Pakcik Zharul said...

wahh,
kcik2 lagi dah pandai psyko orang bebudak tuh!

kalau pakcik lahh....abess ku panggang2..

muahaha

piqaiqapiqa . said...

haha.
siot pye budak kecik.
ta malu ke haihh. xpaham2 org xnak layan.
hehe
bagus tndakan anda. buat tatau je dorg ketuk2.
haha

Blog Eazy Izzuddin said...

hehe..
siot..
da very da seksa..
=P
xD

Zahirah said...

waa..
panggang saja pakcik
hahaha x))

Zahirah said...

piqah,biasa la tuh
budak-budak la katakan..
mereka masih tak tahu apa yang mereka lakukan
hahaha x))

Zahirah said...

eazy,terlebih seksa la..
hahaha x))
sakit hati je ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...