Assalamualaikum dan selamat malam. dah nak pagi ni la aku rajin-rajinkan diri nak update blog. fasal apa? almaklumlah aku tak ada apa nak buat malam-malam ni, maka layan blog sahaja la. tapi bila nak start taip, idea semua dah hilang. tengok, terpaksa juga aku perah otak untuk ingat balik apa yang aku nak cerita sepertimana aku perah otak untuk spm. haish. banyak pening. baik, aku dah dapat apa yang aku nak cerita. hari ini betul-betul menguji kesabaran aku. pagi tadi, selesaikan hal dekat sekolah. kena patah balik untuk ambil fail. tak ada fail itu, tak ke manalah aku selepas spm ini. macam mana itu? lu fikirlah sendiri ;pp
kemudian, aku bercadanglah nak pergi cari kerja dengan seorang sahabat aku ni. dapat la satu borang kerja. nak pergi cari kat tempat lain, tapi terpaksa ambil bas pula. tunggu punya tunggu, lebih kurang dekat satu jam baru bas tersebut sampai. tak banyak bas betul dekat sini -_- kalau nak pergi kajang banyak sahaja. haish. bila dah naik bas itu, kenalah berhenti kat kajang untuk ambil bas yang seterusnya untuk pergi ke destinasi yang dituju. setibanya, aku naik bas yang kedua, pemandu cakap dia akan melalui *****. aku ikut sahajalah. akhir sekali, dia tak lalu kau. banyak sakit hati. terpaksa aku turun dan terus naik ktm. terbatal niat aku nak cari kerja selepas insiden tersebut. aku ingatkan nak pergi enjoy kejap dekat mines.
alangkah malangnya aku sesudah sampai ke mines, mesin tiket tak bagi masuk. apa kes? hati membara betul. dah la pemandu bas tadi tipu aku, sekarang mesin ni pula? tapi aku dapat lepas juga la. tiket bermasalah. haish. kemudian, kaki aku pula kejang. lepas beberapa minit urut, baru ok. aku pusing-pusing satu mines walaupun window shopping pada hakikatnya. biasalah, aku bawa berjuta-juta ringgit. haha x)) teman aku juga yang belanja makan kau. terima kasih teman :) pada awalnya, aku berdoalah juga supaya tak jumpa orang-orang yang aku kenal. sekali jumpa. masin betul mulut aku. salah, manis mulut aku. hehe ;pp
namun, nasib malang sekali lagi menimpa. mesin itu tetap tak berfungsi apabila aku ingin pulang ke rumah. selepas itu, tunggu train pula. apabila dah sampai kajang, boleh pula train itu berhenti. aku kena naik train lagi satu la nampaknya. dah la masa itu hujan. aku mandi hujan sahajalah. tambahan lagi, angin tiup sepoi-sepoi bahasa. berpeluk tubuh sahajalah jawabnya nak tahan sejuk. sesudah sampai sahaja di pintu keluar, aku terus buang tiket aku dalam tong sampah yang sudah sedia maklum setia menunggu di tepi jalan. kerajaan dah sediakan tong sampah, maka buang sahajalah di dalamnya. jangan buang sampah merata-rata, ok?
p/s: semoga semuanya berjalan dengan lancar. amin :)
4 comments:
isk3
moge berjalan lancar kays
ok :)
terima kasih eazy
tengah tunggu jawapan untuk kerja sahaja ni ;DD
ok x keje???npe anis x keje ng ko???
ok sahaja
anis tak nak kerja kot
entahlah
haha ;pp
Post a Comment