Sebenarnya minggu lepas, gua mengalami situasi di mana bas tak datang pada tepat masanya. Gua dan seorang kawan perempuan gua berjalan kaki untuk balik ke kolej. Tetapi apabila sampai di pondok pengawal fakulti gua, ada seorang mat saleh yang menaiki kereta ajak tumpang.
Serius gua agak gelabah bila ada orang sudi tumpangkan gua dengan kawan gua, lagi-lagi orang yang kita tak kenal. Gua tahu itu satu nikmat yang diberikan olehNya. Alhamdulillah, gua bersyukur. Pada mulanya, nak je tolak permintaan beliau. Tapi kami ajak lagi 2 orang yang kebetulan berjalan belakang kitorang. Sepanjang perjalanan, kami speaking. Beliau sangat sporting dan peramah. Serius.
Esok pagi, gua naik bas untuk ke pusat koko bagi menghadiri kejohanan boling. Sementara tunggu bas dipenuhi dengan pelajar-pelajar, gua terpaksa berdiri je sebab semua tempat duduk dah penuh. Depan aku merupakan seorang mat saleh. Beliau ada juga pandang-pandang gua dengan budak sebelah gua. Dengan keprihatinan beliau yang sangat tinggi, beliau sanggup bangun dan suruh salah seorang daripada kami untuk duduk tempat beliau. Gua tak duduk tapi gua bagi budak sebelah gua. Gua cakap dalam hati gua yang gua masih kuat untuk berdiri. Huhu.
Gua nak tanya korang. Apa pendapat korang mengenai mat saleh yang gua nyatakan dalam cerita dia atas? Mereka sangat baik, bukan? Kalau masyarakat kita, tak semua yang sanggup berbuat demikian. Serius, aku sangat menghormati mereka. Tak semestinya orang luar merupakan orang yang jahat. Kenal dulu, baru tahu hati budi. Don't judge a book by it's cover.
P/s : Gua bukan nak membanggakan sesuatu bangsa, tetapi gua suka cara mereka.
Nota Kecil : Lagi beberapa hari dah nak study week -.-
9 comments:
yang baik jadikan tauladan..:)
tak kira dia bangsa apa kalau baik budi pekerti tak salah kita berbangga dengannya..
ada yang OK..ada yang tak..kalau OK bagus la..:D
bukan semua orang yang kita tak kenal tu Tak baik,,..tp bestlah kalau semua org yg tggal kat Malaysia ni berakhlak mulia ... :)
kalo la smua org mcm tu, bahagianye rasa..haha
tidak dinafikan manners mereka mmg ohsem kalau mahu dibandingkan dgn org asia...
^____________^
ohh! gentle nyee
tulah..kekadang kite perlu mencontohi attitude deme yg baik kan
baeknye mat salleh tu,msti ensem hehehe..
akk baik jugak...haha
ada yg ok dan ada yg tak ok...:)
Post a Comment