Saturday, December 24, 2011

Uniknya Google

Assalamualaikum. Memandangkan esok merupakan hari Krismas, Homepage Google pun dah bertukar. Serius, sangat cantik!


Mula-mula korang akan nampak macam ni kan?




Tapi cuba, korang tekan kotak kecik warna biru tu, dia akan keluar macam ni...




Ehem ehem. Dah bertukar kan? Serius, cantik woooo~ Terus malam kau. Barulah terasa kehangatan hari Krismas. Eh, gua tak sambut -.-


Ok, sambung. Kemudian, korang tekan kesemua kotak kecik tu. Kemudian dia akan keluar kotak kecik belah kanan selepas warna merah. Dia terus keluar muzik.




Bertukar wajah kan? Haaa... Sila cuba ye~ :D

Friday, December 23, 2011

Salji Melandaaaa~!

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua. Memandangkan Krismas bakal menjelang, korang teringin tak nak merasai kesejukan salji? Ni betul punya maaa.. Tarak tipu-tipu.


Kalau dulu sesiapa yang pernah main BENDA ni dekat blog Izzat, apa kata korang cuba yang lain dari yang lain?


Korang pergi GOOGLE --> taip LET IT SNOW


Gua dah try. Jangan risau, pengguna Mozilla Firefox pun boleh maaa~ :D


Nota Kecil : Gua nak ucapkan "Goodluck" kepada semua pelajar yang bakal menghadapi FINAL EXAM ! ;)

Thursday, December 22, 2011

Spontaneous Thursday





DAYS


BEFORE...










SO..



Nota Kecil : Panjang betul entri gua sebab dipenuhi dengan gambar apa je. Haha.

Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday #7



Nota Kecil : Semalam aku tertinggalkan pendrive dekat makmal dan bila tengok balik selepas 2 jam, dah hilang. Huuuu.. Sadis.. Assignment aku ada dalam tu >.< Ada orang nak pulangkan balik tak? Itupun kalau anda seorang yang sangat prihatin #macamladiabacaentrini -.-

Tuesday, December 20, 2011

Hancurnya hatiii..

Assalamualaikum semua. Nampak tak tajuk ala-ala orang kecewa dalam percintaan? Padahal tak pun. Gua frust sikit je ni. Semua gara-gara "seseorang". Gua bukan nak buka aib sesiapa tetapi gua rasa tak sedap hati. Gua memang selalu cerita pasal ni dengan kawan-kawan sebilik gua. Dorang memang sangat memahami dengan situasi yang sedang gua alami ni.




Gua agak kecewa apabila "seseorang" tu "copy" and "paste" je kerja gua.


Gua penat lelah minta software dari individu tu, individu ni sehingga gua rasa "give up" dah sebab ada je masalah yang berlaku. Tetapi gua tetap berusaha tanya lecturer gua kenapa hasil kerja gua masih tak berjaya. Walaupun itu kerja kumpulan, tetapi "seseorang" tu tak membantu langsung. Langsung. 100% pasti.


Lebih baik gua buat kerja ni individu je. Macam tak ada inisiatif nak bekerjasama. Kalau sumbang sikit, bolehlah terima kot. Ni tak, dari cover depan sampailah helaian belakang sama je dengan gua punya. Setakat edit sikit je pun. Serius, gua kecewa. Gua tak dapat fokus sangat masa study semalam. Semua pasal ni lah.




Korang janganlah bagi muka dengan orang-orang macam ni. Bukan gua nak menghasut ke apa eh, cuma gua nasihatkan jangan bagi jalan mudah kepada mereka. Sampai bila nak berjaya atas usaha orang lain, kan? Ada otak, gunakan dengan sebaiknya. Bukannya terperap dalam tempurung kepala je tanpa berfikir cara untuk selesaikan masalah.


Nota Kecil : Gua takut lecturer gua perasan kitorang punya sama. Korang doakan semuanya ok, eh?

Monday, December 19, 2011

Mana hati budimu?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Wah, nampak agak nerd betul gua. Haha. Motif? Sebab gua nak cerita pasal nilai-nilai murni yang tak selalu kita lakukan. Percaya ke tak? Fikir sendirilah ye. Huhu.




Sebenarnya minggu lepas, gua mengalami situasi di mana bas tak datang pada tepat masanya. Gua dan seorang kawan perempuan gua berjalan kaki untuk balik ke kolej. Tetapi apabila sampai di pondok pengawal fakulti gua, ada seorang mat saleh yang menaiki kereta ajak tumpang.


Serius gua agak gelabah bila ada orang sudi tumpangkan gua dengan kawan gua, lagi-lagi orang yang kita tak kenal. Gua tahu itu satu nikmat yang diberikan olehNya. Alhamdulillah, gua bersyukur. Pada mulanya, nak je tolak permintaan beliau. Tapi kami ajak lagi 2 orang yang kebetulan berjalan belakang kitorang. Sepanjang perjalanan, kami speaking. Beliau sangat sporting dan peramah. Serius.


Esok pagi, gua naik bas untuk ke pusat koko bagi menghadiri kejohanan boling. Sementara tunggu bas dipenuhi dengan pelajar-pelajar, gua terpaksa berdiri je sebab semua tempat duduk dah penuh. Depan aku merupakan seorang mat saleh. Beliau ada juga pandang-pandang gua dengan budak sebelah gua. Dengan keprihatinan beliau yang sangat tinggi, beliau sanggup bangun dan suruh salah seorang daripada kami untuk duduk tempat beliau. Gua tak duduk tapi gua bagi budak sebelah gua. Gua cakap dalam hati gua yang gua masih kuat untuk berdiri. Huhu.




Gua nak tanya korang. Apa pendapat korang mengenai mat saleh yang gua nyatakan dalam cerita dia atas? Mereka sangat baik, bukan? Kalau masyarakat kita, tak semua yang sanggup berbuat demikian. Serius, aku sangat menghormati mereka. Tak semestinya orang luar merupakan orang yang jahat. Kenal dulu, baru tahu hati budi. Don't judge a book by it's cover.


P/s : Gua bukan nak membanggakan sesuatu bangsa, tetapi gua suka cara mereka.

Nota Kecil : Lagi beberapa hari dah nak study week -.-

Sunday, December 18, 2011

Lelaki dan perempuan

Assalamualaikum semua. Ini entri auto publish ye. Gua banyak sibuk. Ini je gua mampu buat. Huhu. Macam ni lah, gua nak tanya. Korang kalau berkawan dengan sesiapa pun kan, tak kisahlah dengan lelaki ke perempuan ke, korang guna panggilan apa eh? "Aku, kau", "I, you" ataupun "saya, awak"?


Bukan apa, gua kadang-kadang pelik bila dah meningkat usia ni. Dulu masa kecik-kecik sampailah umur menjangkau awal 19 tahun, gua selalu panggil kawan-kawan gua dengan panggilan "aku, kau". Tapi sejak dah masuk alam universiti, gua terlebih pelik pula. Gua panggil kawan-kawan lelaki gua dengan "aku, kau" tapi dengan kawan perempuan "saya, awak". Padahal dengan perempuanlah gua rapat.




Nota Kecil : Penyakit apa entah yang sedang berlaku dalam diri gua ni. Haih.

Saturday, December 17, 2011

GA TERAKHIR 2011 CIK MAY

Assalamualaikum. Dan dan dah terjumpa giveaway ni. So, layan je la kan. Hehe.




Sila rajinkan diri untuk tekan SINI untuk keterangan lanjut.


Memandangkan tahun 2011 dah nak pun beransur berlalu, tapi alhamdulillah ada juga azam yang dah pun tercapai. Pertama, pointer masa matrik aku memberangsangkan dan alhamdulillah syukur berjaya juga aku melanjutkan pelajaran ke universiti seperti sekarang. Kedua, terdapat juga perubahan yang berlaku dalam diri aku. Penghijrahan seharusnya ada kan. Begitu juga aku. Itu je yang aku betul-betul harapkan.


Tapi kadang-kadang terdapat juga manusia yang cepat putus asa apabila apa yang diharapkan itu tidak tercapai. Jangan macam tu. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Kalau Dia tak makbulkan sekarang, mungkin esok lusa lagi hebat nikmat yang ingin diberi. Siapa tahu kan? Tapi jangan lupa diri pula sudahlah.


Nota kecil : Mari berusaha! ;)

Friday, December 16, 2011

SEMINGGU !

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasanya seminggu juga gua tak update blog ni. Minta ampun ye semua. Gua tersangat-sangat sibuk melayan kerenah assignment, report, presentation segala yang sangat cemburu dengan gua sejak final exam hampir menjelang dengan jayanya.




Dah lama gua tak blogwalking. Serius, baru malam ni gua nak slow-slow blogwalking dan rajin untuk buat draft untuk next entry walaupun pada hakikatnya gua memang ada banyak kerja lagi yang perlu disiapkan.


Apa-apa pun, gua nak berterima kasih kepada Encik Ujang sebab sudi main review-review blog gua yang tak seberapa ni. Nak tengok apa beliau cakap pasal blog gua? Jommmm..



Kalau tak nampak, sila tekan untuk tumbesaran yang hebat :D


Nampak tak gua dapat gred A? Hoho. Walaupun tak sehebat orang lain, alhamdulillah blog gua dah mencecah 918 pengikut. Encik Ujang, thank you so much! ;) Lupa pula, korang perasan tak blog gua dah lain sikit? Ala, sikit je haaaa.. Hahaha.


P/s : Sejak akhir-akhir ni gua banyak makan. Mungkin disebabkan stress disebabkan kerja yang menimbun?


Nota Kecil : Harap bersabar kepada semua. Gua akan cuba jejaki korang balik. Bagi gua masa ok. 


Tuesday, December 6, 2011

Tiket Wayang Mission Impossible 4 FREE !

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Memandangkan gua malas nak layan kerenah pendaftaran subjek semester depan, gua nak share tiket wayang FREE dengan korang. Nak tak? Kalau tak nak, tak apalah. Share kepada yang sudi je. Hoho. Korang kan penggemar cerita wayang.




Aku pun dapat offer tapi dekat TGV Mines je la. Huehue. Apa lagi, mai la tekan SINI untuk dapatkan keterangan lanjut. Dari korang tak ada idea nak buat apa tu kan, tengok wayang lagi seronok kot.

Monday, December 5, 2011

Awak, tolong sayang saya, boleh?

Assalamualaikum. Ting tong. Maaf, tajuk entri gua hari ni sangat poyo. Gua suka menghilangkan diri. Gua busykan diri gua dengan buat assignment bagai sambil layan movie. Final exam pun dah nak dekat. Apa lagi, haruslah rajinkan diri untuk study. Tapi tapi, mulai pagi tadi selepas detiknya pukul 12, semua orang sangat busy untuk daftar subjek semester depan. Gua dari pagi tadi nak cari Wifi tapi beliau sangat kedekut dengan gua. Gua update ni pun sebab guna broadband roomate gua. Haiyoo..




Website ni boleh pula dia buka tapi...




Tengok, server sangat busy.


Nota kecil : Gua nak daftar sebab gua nak daftar koko. Gua nak tahun ke-2 nanti bolehlah gua rileks-rileks sikit. Huuuu.. #guatension

Thursday, December 1, 2011

Spontaneous Thursday

Assalamualaikum dan selamat pagi.


Pernah tak korang rasa..





Tetapi pada hakikatnya dah makan..


Terasa nak makan lagi??


Jom..




Sila menjamah ye. Hoho.


Nota Kecil : Semalam aku makan 3 keping roti canai -.- Haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...