Tuesday, December 20, 2011

Hancurnya hatiii..

Assalamualaikum semua. Nampak tak tajuk ala-ala orang kecewa dalam percintaan? Padahal tak pun. Gua frust sikit je ni. Semua gara-gara "seseorang". Gua bukan nak buka aib sesiapa tetapi gua rasa tak sedap hati. Gua memang selalu cerita pasal ni dengan kawan-kawan sebilik gua. Dorang memang sangat memahami dengan situasi yang sedang gua alami ni.




Gua agak kecewa apabila "seseorang" tu "copy" and "paste" je kerja gua.


Gua penat lelah minta software dari individu tu, individu ni sehingga gua rasa "give up" dah sebab ada je masalah yang berlaku. Tetapi gua tetap berusaha tanya lecturer gua kenapa hasil kerja gua masih tak berjaya. Walaupun itu kerja kumpulan, tetapi "seseorang" tu tak membantu langsung. Langsung. 100% pasti.


Lebih baik gua buat kerja ni individu je. Macam tak ada inisiatif nak bekerjasama. Kalau sumbang sikit, bolehlah terima kot. Ni tak, dari cover depan sampailah helaian belakang sama je dengan gua punya. Setakat edit sikit je pun. Serius, gua kecewa. Gua tak dapat fokus sangat masa study semalam. Semua pasal ni lah.




Korang janganlah bagi muka dengan orang-orang macam ni. Bukan gua nak menghasut ke apa eh, cuma gua nasihatkan jangan bagi jalan mudah kepada mereka. Sampai bila nak berjaya atas usaha orang lain, kan? Ada otak, gunakan dengan sebaiknya. Bukannya terperap dalam tempurung kepala je tanpa berfikir cara untuk selesaikan masalah.


Nota Kecil : Gua takut lecturer gua perasan kitorang punya sama. Korang doakan semuanya ok, eh?

8 comments:

Najwa Not Nadrah said...

saya doakan segalanya akan ok :)
hope kak hira sabar dan orang ITU sedar yg dia buat tu salah...

dalisha said...

ala siannya.. banyakkan bersabar.. Jgn sampai perkara ni menjejaskan study awak k.. lepas ni awak kena pandai2 la.. kalau boleh jgn biar dia copy je hasil usaha kita.. and lepas ni kalau ada buat group assignment better pilih orang lain jgn pilih dia.. bukan nak hasut.. just sabagai alternatif lain supaya next time kita tak termakan hati lagi.. k.. BTW gud Luck

Unknown said...

takper,sabar..semoga ada balasan terhadap org mcm tu..wat gos around comes around..

Prettywrite said...

sound sikit dekat dia..:)

MalizaMah said...

sabar bebanyak..
tp bab2 palagiat ni... mmg menyakitkan hati lah..
nk ckp jujur bimbang plak disalah erti kawan.. tah lah...
huhuhuhu

saya pernah org amek saya punya.. then saya buat yg lain.. sakit hati...

Ezad Skytech said...

sy pun geram kalau ada yg buat macam tu...kita da buat penat2..senang je copy...

Mr.Superman said...

dlu abg pun kne mcm ni gkx berdaya wlu bgth lecturer pun tetap sama..alasan dia "klu x bg tiru xkn org dpt tiru".so klu lecturer detect markah assgmnt tu akan jd separuh je.org lain 10/10,tp ktorg 10/5.damn it. +_+

NA said...

Beritahu lecturer orang tu tiru Hira punya. Berani kerana benar. Takpe Hira dah jadi orang teraniaya.
-Wina1979-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...