Tuesday, October 25, 2011

Segalanya bermula di sini..

Ucapan "Basmallah" sebagai pembuka bicara.


Assalamualaikum semua. Berhari-hari sudah aku senyap sunyi dari dunia blog. Maaflah, kemalasan telah melanda dengan begitu hebat sekali sehinggakan nak tekan button untuk taip entry pun malas. Aku lebih banyak menghabiskan masa dengan download movie dan layan Facebook mahupun membaca entri-entri blogger sehingga pening kepala. Tapi aku tak komen pun. Sekadar menjadi silent reader. Minta ampun ye semua.


Semalam merupakan hari bersejarah dan bukannya "Tragedi Oktober". Aku percaya ramai sangat yang tak tahu dan aku pasti korang pun tak nak tahu, bukan? Panjang sangatlah mukadimah ni. Okay-okay, straight to the point bagi mengelakkan korang muak untuk membaca. Buat pengetahuan korang..



empunya header blog ni..


Dan juga


[ Motif : Pink ]

empunya gambar ni sudahpun hidup di atas muka bumi selama 19 tahun 1 hari. Alhamdulillah, aku masih boleh bernafas sambil menghirup udara segar seperti insan yang lain. Aku masih mempunya keringat untuk meneruskan kehidupan aku seperti biasa dan menjadi lebih tabah untuk mengharungi hari-hari yang mendatang.


Terima kasih tak terhingga kepada ibunda tercinta kerana bersusah-payah selama 11 bulan mengandungkan insan yang kerdil ini. Berbagai-bagai peristiwa yang beliau lalui sepanjang waktu tersebut. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang tak lekang menjaga, membesarkan dan segala tanggungjawab yang telah mereka berikan tak mungkin dapat dibayar dengan apa-apa termasuklah duit. Mereka hanya harapkan kasih sayang dan kejayaan kita semua. Kemewahan itu hanya sementara. Tak boleh dibawa ke mana-mana pun. Masih terimbau saat-saat sedih ketika di matrik. Ibu bapa aku sanggup datang dari jauh semata-mata untuk pastikan anak dia seorang ni berada dalam keadaan yang ok. Ibu bapa mana yang tak risaukan anak-anak? 


Kepada teman-teman mahupun siapa pun anda, terima kasih kerana menjadi insan yang sering ada ketika susah dan senang. Sewaktu senang, memang ramai yang menumpang kegembiraan tersebut. Sebaliknya pula, ada yang diam membisu seribu bahasa. Tapi aku bersyukur kerana masih mempunyai teman yang sangat memahami. Kadang-kadang di sinilah tempat aku meluahkan masalah yang aku hadapi. Terima kasih juga kepada anda yang memberikan segala nasihat walaupun satu perkataan. Semua itu akan terus berada dalam ingatan dan tak akan luput dek zaman.


Akhir kata, terima kasih kepada yang sudi wish birthday aku semalam dekat Facebook. Panjang meleret. Aku tahu kebanyakan dari korang semua tak ada pun Facebook aku. Hehe.


Nota kecil : Nanti aku akan terus menjejaki blog-blog korang. Sabar ye :D

10 comments:

emy|farid said...

11 bulan dlm kandungan?

alhamdulillah msih bernafas d bumi ini. hepy besday ye

Zul fattah said...

rasanya tak terlewat lagi utk aku wish selamat hari lahir.. semoga panjang umur dan happy sokmo..
my Allah bless u dear..

Ezad Skytech said...

hee..tak tahu pun..btw..happy belated bezday hira...(^^,)

unknown said...

Mse bc entry smpai kat 19 tahun 1 hari tu dah agak dah..

Happy bezday akq!

Libra jugak eak?

Lia Irdelia said...

have a very belated bufday.. :)

Green Apple said...

Happy Birthday hira.. moga diberkati dan beroleh kejayaan setiap apa yang diidamkan. Dan paling penting jadi anak solehah ye..

Razil Tahir said...

Keep it the Awesome work!! XD

Zahirah said...

#thankyousomuchtoallofyou! :D

Mr.Superman said...

:) hapy belated besday hira syg! ;)sory sgt2,abg x pasan sbb lately abg jarang on9.may God bless u dear.sweet 19.mudanya..hee :D

aamalinaazman said...

awww
mude je lagi die

epi besday syg!
soweee lmbt wish taw

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...