Friday, February 3, 2012

Edit VS Original

Assalamualaikum.


Haaa.. Aku nak tanya dengan korang la kan, korang lebih suka edit gambar ke lebih suka original eh? Kalau aku, aku suka original. Sebabnya, nampaklah keaslian gambar tu. Aku tak salahkan kalau orang nak edit ke apa. Aku faham kadang-kadang kualiti gambar tak berapa menarik. Tu yang edit untuk menarikkan gambar.




Tapi kadang-kadang benda ni lah yang menimbulkan isu tak seronok. Seperti contoh, "Aku tengok gambar dia bukan main cantik. Muka flawless je. Bila face to face, biasa je". Haaa.. Macam tu la aku maksudkan. Tapi itu hak masing-masing. Suka hati dia la kan. Gambar dia, bukan gambar korang. Hahaha. Tiba-tiba aku yang jadi senget sekejap :p


Nah, ni gambar semalam. Kawan aku yang edit. Aku minta original, ada hal lain pula terjadi -.- Layan~


*Aku yang tengah ye. Tengok, ala-ala pakai lipstik kau bibir aku. Haha. Penangan edit*


*See.. Aku dah jadi wanita melayu terakhir sebab masih menggunakan tudung bawal. Orang lain dah advance pakai shawl bagai. Aku masih ketinggalan. Ada aku kisah? Ayu apa? ;D*


Apa-apa pun, editlah gambar selagi boleh. Hahaha. Tapi jangan over sangat. Karang kau kena bahan. Bahaya tau. Mulut orang kita tak tahu. Sekian.

6 comments:

iAmCekbolat said...

oh.. okay gmbr sye edit! sila jgn prcaya.. hoho <-- jujur nii

Si BuDaK KaChAk said...

sy suka original sbb tak pndai nak edit...hehhe

neway sy suka tgk pompuan pakai tudung bawal...nmpak keaslian melayu....

ni yg wat rasa nak ngorat ni...hahaha

=)

emy|farid said...

suka edit! hehe keja dikala takde keje tu.

dik, akk pkai gak tudung bawal, tak kisah kan? hehe

unknown said...

ntahlaa.. clara tak ske edit2 gamba org.. tp klu cm gamba pemandangan o apa2 selain dr gamba org, clara edit..

sbb ble clara edit gamba org, jdik mkin buruk.. huuhuh..

Cikgu Ma said...

akak suka dua-dua..edit dan ori...

errkk, tudung bawal? masih pakai...tak pandai pakai shawl bagai...setakat tudung awning simple jer.r....kite x control ayu..hehe

Unknown said...

teman edit nak kasi up warna je...kasi bling2 sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...