Saturday, July 30, 2011

Senyum Pada Hari Sabtu :D

Assalamualaikum dan selamat pagi, cikgu! *ala-ala upin ipin* Haih. Rindu nak jadi budak sekolah rendah la nampaknya. Hoho. Pagi yang gelap kini sudah terang. Teranglah sangat kan? Memang sejuk je angin sepoi-sepoi bahasa je pagi ni. Malasnyalah nak pergi kerja =________= Dah, jom layan dialog yang boleh ceriakan hari anda ye? Tak gelak pun, sekurang-kurangnya mesti tersenyum. Percayalah cakap aku. Ni aku copy paste balik dari entry lama aku. Haha :p



Sudu

Doktor: Encik kena ambil tiga sudu ubat ini setiap hari.
Pesakit: Eh,tak boleh doktor!
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu sahaja!



Kelas BI

Ayah: Apa fasal BI kamu asyik dapat kosong sahaja? Kenapa?
Anak: Eh,ayah! Itu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah beri bintang dekat budak-budak lain. Ada yang dapat lima bintang, ada yang empat bintang. Bila giliran adik,bintang dah habis. Sebab itu cikgu bagi adik bulan.



Pak Pandir ke Kebun


Seperti biasa Pak Pandir nak pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah memotong getah. "Hati-hati ya bang semasa di tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.

Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebatang jalan raya untuk sampai ke kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalan raya besar tersebut,ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut,dia pun pulang hampa.Mak Andeh hairan kerana Pak Pandir pulang awal ke rumah lalu bertanya,"Kenapa bang?"

Pak Pandir pun menjawab,"Sejak bila kerajaan kita tak izin kita MEMOTONG getah? Diletaknya papan tanda besar dekat tepi jalan depan kebun kita,"DILARANG MEMOTONG".



Tiru

Cikgu: Encik,anak encik didapati meniru Ali dalam ujian.

Bapa: Apa buktinya,cikgu?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor empat ni."Siapakah yang menemui Pulau Pinang? Seman tulis,"Saya tidak tahu" dan anak encik tulis,"Kalau engkau tak tahu,aku lagilah tak tahu".



Hahaha. Layan je korang ye? Aku tak ada idea pagi ni. Kalau diikutkan, memang nak sambung tidur sebab macam nak hujan. Haha. Tapi tak boleh. Kerja itu lebih penting. Huhu. Peace! ^___^V

10 comments:

Gee said...

hehe klaka la...(^_^)

NoYB said...

Dapat hilang segala serabut2x di kepala ni bila bcer n3 nie...(^_^) suker2x...

Jum ke bLog NoYB, ader n3 terbaru...
(Perempuan Berkalung Sorban)

Green Apple said...

hari ni best... hujan dari pagi sampai petang... tarik selimut...

Zahirah said...

wah, gee suka~ :D

Zahirah said...

baguslah tu. jangan tension~ :D

Zahirah said...

kak GA hebat! bangun pukul berapa ni? haha :D

Tea Dno said...

hahaha. lawak cam errr. hahahaha. serius gelak.

Zahirah said...

hahahaha. best kan? saya tak ingat mana entah datangnya lawak ni. tapi dekat entry lama memang dah lama ada. hoho

Mr.Superman said...

tang meniru tu da kompem2 la kantoi.hahahha ;))


gle lawak..adik dpt bulan sbb bintang da abes.bijak2.. ;D

Zahirah said...

hahaha :D baguslah kalau gelak. tak gelak tu, mungkin ada penyakit sikit kot. hoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...