Sudu
Doktor: Encik kena ambil tiga sudu ubat ini setiap hari.
Pesakit: Eh,tak boleh doktor!
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu sahaja!
Kelas BI
Ayah: Apa fasal BI kamu asyik dapat kosong sahaja? Kenapa?
Anak: Eh,ayah! Itu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah beri bintang dekat budak-budak lain. Ada yang dapat lima bintang, ada yang empat bintang. Bila giliran adik,bintang dah habis. Sebab itu cikgu bagi adik bulan.
Pak Pandir ke Kebun
Seperti biasa Pak Pandir nak pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah memotong getah. "Hati-hati ya bang semasa di tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebatang jalan raya untuk sampai ke kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalan raya besar tersebut,ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut,dia pun pulang hampa.Mak Andeh hairan kerana Pak Pandir pulang awal ke rumah lalu bertanya,"Kenapa bang?"
Pak Pandir pun menjawab,"Sejak bila kerajaan kita tak izin kita MEMOTONG getah? Diletaknya papan tanda besar dekat tepi jalan depan kebun kita,"DILARANG MEMOTONG".
Tiru
Cikgu: Encik,anak encik didapati meniru Ali dalam ujian.
Bapa: Apa buktinya,cikgu?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor empat ni."Siapakah yang menemui Pulau Pinang? Seman tulis,"Saya tidak tahu" dan anak encik tulis,"Kalau engkau tak tahu,aku lagilah tak tahu".
Hahaha. Layan je korang ye? Aku tak ada idea pagi ni. Kalau diikutkan, memang nak sambung tidur sebab macam nak hujan. Haha. Tapi tak boleh. Kerja itu lebih penting. Huhu. Peace! ^___^V
10 comments:
hehe klaka la...(^_^)
Dapat hilang segala serabut2x di kepala ni bila bcer n3 nie...(^_^) suker2x...
Jum ke bLog NoYB, ader n3 terbaru...
(Perempuan Berkalung Sorban)
hari ni best... hujan dari pagi sampai petang... tarik selimut...
wah, gee suka~ :D
baguslah tu. jangan tension~ :D
kak GA hebat! bangun pukul berapa ni? haha :D
hahaha. lawak cam errr. hahahaha. serius gelak.
hahahaha. best kan? saya tak ingat mana entah datangnya lawak ni. tapi dekat entry lama memang dah lama ada. hoho
tang meniru tu da kompem2 la kantoi.hahahha ;))
gle lawak..adik dpt bulan sbb bintang da abes.bijak2.. ;D
hahaha :D baguslah kalau gelak. tak gelak tu, mungkin ada penyakit sikit kot. hoho
Post a Comment