Assalamualaikum dan selamat pagi. Rajin betullah sesiapa yang buat entry pasal makanan pagi-pagi ni. Kelaparan aku jadinya. Haha. Tak makan sarapanlah puncanya ni~ Huuuu.. Tak apa, mulakan sarapanmu dengan roti. Wah, sedap! Tapi korang minat roti ke? Tak? Suka? Eh, pening dah. Kalau gabung jadi TAK SUKA! Macam tu ke? Haha. Peringatan, entry ni panjang. Cukupkan nafas anda untuk membaca kesemuanya ye? :D
Ye, mari kembali ke misi kita hari ni. Misi kita? Tidak, aku je. Hehe. Aku nak tanya koranglah, korang lasak ke tak eh? Lelaki, aku tau lasak. Tak perlu jawab. Aku tau dah :p Soalan ni khas untuk wanita. Eh, kejap. Wanita ni lasak ke? Bukan sopan-santun ke? Haha.
Korang jangan fikir lain pula pasal lasak ni. Ala, lasak dari segi aktiviti yang korang sertai ke apa ke kan? Mendaki gunung? Yang ni aku tak pernah. Kalau naik basikal, memang aku lasak =______= Kawan aku selalu cakap aku bawa laju macam pelesit. Kalau motor, rempit. Basikal? Hahahaha :p
Nak tunjuk, tu basikal aku haaaa.. Budak-budak tu kawan sekolah aku dulu. Haha.
Basikal itulah yang aku kayuh ke sekolah tiap-tiap hari sejak sekolah rendah. Tiap-tiap tahun jugalah kena beli kain baru sebab asyik kena minyak rantai dan akhir sekali menyebabkan terkoyak sedikit. Lasak betul aku ni =__________= Eh, cakap pasal koyak, tiap-tiap tahun juga aku tukar kasut. Koyak bahagian depan. Kalau waktu hujan, memang banjir kasut aku. Perempuan jenis apa la aku ni kan? Haih. Nasib badanlah siapa jadi suami aku nanti. Haha :p
Aku ni memang lasak sikit. Masa kerja, kena angkat kotak apa semua. Kotak besar gedabak korang bayangkan, aku angkat sorang-sorang. Akibatnya, memang lenguh tangan aku keesokannya. Ada suatu hari tu, barang sampai. Pak cik India tu suruh tolong angkat barang yang kecik-kecik. Eh, kecik la sangat tapi berat macam hampeh. Hahaha. Dia cakap, kita 1 Malaysia, kena tolong-menolong. Aku tak kisah. Dia cakap akak-akak yang lain tu tak nak tolong ke? Jaga tangan eh? Hoho. Aku tergelak dalam hati. Sebabnya, aku dah biasa kasarkan tangan aku. Bukan lembut seperti mereka yang jaga menggunakan losyen tu ye? Aku ada, tapi malas nak pakai. Haha.
Masa aku berada di Darjah 6, aku lasaklah juga mengakibatkan tangan sebelah kiri aku patah. Haaa.. Yang ni betul-betul lasak. Aku tak nak cerita punca aku jadi macam tu kan? Haha. Cerita lama. Aku patah tangan tu masa dekat bilik persalinan selepas menghadiri kelas PJ. Dikejarkan ke Klinik Kesihatan. Buat X-ray. Masa dia tarik tangan aku untuk X-ray, menjerit dah. Sakit woo.. ~____~
Petang tu, sajalah pergi jumpa pakar patah tangan. Eh, betul ke? Layan je la. Bukan di hospital. Tapi di Beranang. Jauh benor aku pergi. Suruh dia tolong masukkan tulang yang dah patah tu. Nangis dah. Sakit sangat! ~______~ Malam pula, pergi Hospital Kajang. Nak tahu tulang tu betul-betul dah masuk ke belum.
Selepas buat X-ray, ternyata tulang tu terkeluar balik masa gerakkan tangan nak buat X-ray tu haaa.. Haih. Kena buat operasi suntikkan bius dalam badan. Kemudian, simen tangan apa semua. Sekali, tempat nak masukkan jarum tu tertinggal dekat tangan aku. Eh, mana aku tau benda tu kena keluarkan balik. Aku dungu wehhh. Budak kot. Haha. Akibatnya, esok pergi hospital balik. Ternyata lebam di situ selama beberapa hari. Best betul. Huhu.
Aku bercuti di rumah selama 3 minggu. Korang bayangkan Ujian Setara UPSR, aku duduk melangok depan tv. Eh, katil aku depan tv dekat ruang tamu la. Mak suruh pergi je sekolah jawab exam. Aku tak nak. Haha. UPSR aku boleh je hilang 1 A walaupun tak jawab Ujian Setara tu. Penting eh benda tu? Haha. Bajet! Tolonglah~
Ok, penat aku taip panjang berjela-jela. Tak taulah korang dah termuntah ke baca entry aku ni. Cuba share korang punya pengalaman lasak yang korang alami ke apa ke kan? Aku pun nak tau ni ;)
Nota kecil : Lasak tu jugalah menyebabkan tangan aku selalu terluka. Haha
Pesanan dari penaja : Tak semua wanita ayu, sopan santun tak boleh lasak :p