Monday, August 1, 2011

Apabila sudah petang, maka....

*Sila abaikan gambar ni ye?*

Assalamualaikum semua. Petang tadi aku pergi buat medical check up. Eh, itu appointment tau. Jumaat lepas ada pergi tapi dah full. Memandangkan hari ni cuti, aku rajinkan diri pergi appointment tu. Yang penting, BMI aku dah NORMAL! Sebelum ni asyik underweight je. Haiyooo~ Manyak sakit hati wooo.. Dan aku berdarah jenis A. Haaaa.. Ok la tu kan berbanding BCDEFG..


Selepas medical check up, aku bersama ibundaku tercinta pergi cari baja kejap. Dah alang-alang dekat dengan bazar ramadhan tu, harus binti wajib pergi sana untuk membeli sedikit juadah berbuka puasa. Kuih bulat yang berwarna hijau dan atasnya ada kelapa tu sangat wajib untuk dibeli apabila dah jumpa. Kegemaran utama la katakan. Jalan sana. Jalan sini. Hoi, banyak sangatlah makanan dekat sini. Rasa nak beli semua. Ngaaaa~ Banyak betul jenis kuih. Dugaan betullah bulan puasa ni. Hoho. Eh, kejap. Korang tak rasa ke aku pergi bazar ramadhan ni awal? Korang dah pergi ke?


Pesanan untuk korang, jangan beli banyak sangat. Karang membazir. Itu kan amalan syaitan. Jangan, jangan~ Kalau banyak, sila sedekah sebelah rumah ke rumah anak yatim ke apa ke kan? Itu lebih bagus. Kalau makan banyak sangat, perut dah ke depan. Alamatnya, tak pergi solat terawih la malam ni. Selamat berbuka ye korang~ ;)



Nota kecil : Jom pergi solat terawih malam ni! :D


Pesanan dari penaja : Medical dah siap, tinggal preparation personal je tinggal. Bila la boleh complete semua ye? Hmmm..

12 comments:

Tea Dno said...

medical checkup nak sambung blaja yea? hee.

Tea Dno said...

beli sikit2 sudah. jap lagi kenyang minum air je. ngee.

Najwa Not Nadrah said...

pergi bazar pun peningkan =D

Suhazli said...

jom moreh!huhu

Dzarief Zuhdi said...

nak juga kuih hijau bulat ada klapa kat atas.. haha

Zahirah said...

ye tea :)

Zahirah said...

ye najwa. hehe. ramai sangat orang~

Zahirah said...

hez, jom! hahaha :D

Zahirah said...

zuhdi nak ke? boleh je. mai sini. haha

Green Apple said...

banyaknya shopping...akak pon camtu gak.., semuanya nak... tapi bila berbuka tak habis... :D

Zahirah said...

kalau tak habis, akak bagi la saya sikit. haha :D

Mr.Superman said...

haha..kuih bulat2 wrna hijau. ;D

tahniah la x de underweight lg.klu nk berat abg sekilo 2kg bole gk.rs cm da tembam ckit bulan pose ni la. =='

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...