Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Haaa.. Sebelum masuk kerja, sempat pula aku nak taip 1 entry. Mesti korang tertanya-tanya kan, apa yang murah sangat tu? Korang mesti pernah dengar yang ni kan, "Surat khabar lama, buku lama... Surat khabar lama, bateri lama..." Itulah aku maksudkan.
Yang aku terkejutnya, timbang surat khabar dalam sejengkal dapat RM3. Buku pula 1 kg dapat 30 sen. Padahal masa kita mula-mula beli surat khabar dengan buku bukan main mahal. Bila nak jual balik, alahai seciput je harganya. Kenapa eh? Bukan ke kita dah menebang beribu-ribu pokok untuk menghasilkan kertas, pensel apa semua. Tapi hasilnya, macam tak menguntungkan.
Mungkin sebab tu la kot, kita disarankan "recycle, reduce, and reuse". Haaaa.. Tak pasal-pasal keluar 3R dekat sini. Haha. Tapi disebabkan kita ni jenis yang pemalas nak pergi tempat recycle tu, kita relakan diri untuk menjual je kan? Tak yah menipu la tu kan. Aku tahu kadang-kadang kita ni sangat sibuk. Tak ada masa nak research dekat mana ada tong sampah biru tu selaku tong sampah kitar semula.
Kalau gunakan konsep 3R tu mengenai "reduce", bagus juga sebab penggunaan surat khabar dikurangkan. Tak payah susah-susah nak keluarkan duit pergi beli. Kan sekarang teknologi dah semakin maju. Guna je informasi di hujung jari, iaitu internet. Kan banyak berita yang korang boleh dapat. Tak gitu? Hoho
Nota kecil : Aku la orang yang menyumbang kepada penggunaan "reduce" tersebut :p
6 comments:
Kalau kat luar negara diorg jual bahan kitar semula ni free je dik, kt malaysia ni je nak kena jual dulu baru la prihatin nak kitar semula. hehe. renung2kan :)
samelah kite nak2 dah habis sem
lagilah banyak menderme kat situ hohoh
jual surat khabar setinggi gunung pon..dapatnya sikit je..lebih baik kitar semula je..hee~
macam tu eh kak ekin? adeh. kenapa la negara kita bukan macam tu? =___=
hahaha. tau tak apa kak. tapi saya tak suka jual. lebih suka bagi sedekah je dekat orang. hoho
betul tu izzat! saving~ :D
Post a Comment