PERHATIAN. ENTRI NI AGAK PANJANG. HARAP SABAR MEMBACA YE? :)
Assalamualaikum semua. Ehem ehem. Ada orang tunggu entri aku malam ni tak? Hoho. Sebenarnya cerita ni dah lama. Seminggu lebih dah tapi baru nak update. Sibuk la youuu~ I asyik kerja je. Okay, itu sangat annoying =__=
Berbalik kepada matlamat asal, aku nak update mengenai kepulanganku ke kampung halaman, iaitu di Terengganu pada 5 hari bulan hari tu. Aku bertolak Jumaat malam dengan menaiki bas Perdana bersama ayahanda tercinta. Ada hal sikit nak diuruskan dekat sana. Aku tak berapa sihat masa tu. Tapi gagahkan juga balik dengan selimutkan diri dengan sweater pink kesayangan.
Perjalanan yang sangat tak best. Lebih kurang setiap jam aku akan terjaga. Sebelum pukul 12 malam, semua penumpang telahpun melelapkan mata. Waktu ni dah sampai Raub. Tapi kebanyakan restoran masih dipenuhi restoran. Uih, pelik di situ. Bukan dah berbuka ke waktu maghrib? Cerita yang sangat bosan. Abaikan. Yang penting, kami bersahur pada pukul 2 pagi. Ada sesiapa yang sahur pukul 2 pagi? Sila angkat tangan, nak kira ni. Hoho.
Hari Sabtu yang membosankan. Kerja aku asyik tidur je. Almaklumlah, badan dah mula panas. Eh, tak. Makruh tu. Aku tidur kejap je. Kemudian, tolong-tolong untuk berbuka puasa. Yang seronoknya, berbuka dengan lawa. Eh, korang tau ke apa benda tu?
Haaa.. Ni nak tunjuk.
Inilah dia lawa ikan. Senang cerita, kerabu ikan mentah. Sedap wehhhh~! Aku dulu makan bukan main sedap. Lepas dah makan, baru tahu ikan tu ikan mentah. Cuba la cari. Eh, susah nak jumpa juga sebenarnya. Makanan tradisional nenek aku ni. Hehe. Maaf, gambar agak kecil. Pinjam kejap dari Encik Google.
*Ada rupa orang kurang sihat tak? Hoho*
Keesokan harinya, aku bergerak ke Kuala Terengganu (KT) untuk selesaikan urusan sepatutnya. Perjalanan yang mengambil masa selama 1 jam 15 minit. Destinasi pertama iaitu tanah ayahanda tercinta. Beliau ingin berjumpa dengan SO (Survey Officer) Kemudian, ke rumah mak cik yang bersebelahan dengan UniSZA dan tempat-tempat yang sepatutnya.
Perjalanan pulang ke kampung iaitu Besut sangat memenatkan. Ayahanda aku sangat mengantuk sehingga terbawa kereta ke sebelah kawasan kereta yang bertentangan. Nasib baik aku cepat-cepat bagitahu. Haih. Menggerunkan. Sempat pula ayah aku suruh aku pegang stereng. Aku takut. Okay, itu sangat hampeh. Aku tak reti bawa kereta la. Lesen L je ada. Lesen P belum lagi. Huuu..
Apabila ayahanda tak tahan ngantuk, maka dengan itu kita harus berehat. Yeahhhh.. Here we are. Pantai Rhu Sepuluh! Eh, ada orang Terengganu kenal tempat ni tak? Hehe. Jom usya gambar dari telefon murah aku ni ye? :p
Ye, aku tahu gambar ni tak berkualiti. Nak buat macam mana, sendiri punya punca. Aku lupa nak charge kamera. Tengok-tengok bateri kong. Sangat hampeh =___= Terlebih penting, aku dapat lepak tepi pantai. Weehoooo~! Jalan-jalan atas pasir yang panas dek terkena cahaya matahari. Terdengar desiran ombak yang memukul pantai. Angin yang bertiup dan menggesel kedua-dua pipiku. Oh, sangat dramatis di situ.
Korang ada baca entri tadi kan? Kucing tadi ada perasan? Haaa.. Tu sebenarnya kucing dekat kampung aku la. Salah seekor dari mereka. Banyak sangat. Tapi yang tu paling comel. Macam kucing Parsi. Bulu yang sangat panjang dan memakai stokin putih.
Taraaaa..
Comel kan? Huhu. Misai dia panjang. Tidur pun nak best je. Aku tidur dekat tepi tangga tu, situ juga dia nak tidur dengan abang dia. Comel. Haih. Geram :p
Ehem ehem. Selesai juga entri aku ni. Maaf tau. Cerita 2 hari jadi 1 entri. Memang padan la jadi macam ni. Hoho.
Pesanan dari penaja : Tunggu entri aku yang seterusnya untuk peserta segmen aku yang baru je lepas. Ada something special untuk korang! :D
10 comments:
akan akak tunggu. heee. :)))
p/s : comel ah kucing tu. kirim salam eh. XD
rindunye pntai msia..
pukul 2 pagi tengah tidur lagi..belum sahur..haha~
Panjang nye dy punya cerita , mesti best nie . ehehe tak suka lah kucing, dicakar2 nanti . :))
uih.. bahaya mmndu waktu mngantuk..
hehe..kucing chumel.. nk satu kucing,, ngeee
thanks kak yana! :D eh, insya Allah kalau saya balik kampung. hoho
fara, balik nanti jangan lupa singgah pantai tau. hehe :D
tau pun izzat. saya dah bangun tau. bersahur sudah. haha :D
ana, panjang la juga. gigih betul baca ye? hoho. kucing tu tak cakar-cakar. dia baik la :)
dzarief, memang bahaya pun. huhu. nak satu? mai datang kampung. haha :p
Post a Comment