Sunday, August 21, 2011

Perangai Budak-Budak Zaman Sekarang

Assalamualaikum semua. Haaa.. Ni yang aku nak cerita sikit mengenai perangai budak-budak zaman sekarang sebelum aku berganjak ke tilam yang empuk lagi sedap sambil peluk teddy bear besar. Aku bukan kutuk. Ni fakta, bukan auta yang korang boleh tokok-tambah sehingga membuatkan hot betul isu tu. Jom terjah!


1) Suka mencarut

Aku pantang betul dengar budak-budak yang mulut dia lancang je nak mencarut tu la, ini la. Sikit-sikit nak cakap "sial la", "bodoh la kau", "WTF". Fuhhhh.. Bikin gua panas je dengar. Pedih tau telinga aku. Cuba la belajar cakap sopan sikit.


2) Suka cakap kuat-kuat

Hei, sini tempat awam la. Agak-agak la kan kau nak cakap kuat-kuat. Orang lain pun ada mulut juga. Tapi tak ada la nak cakap kuat-kuat macam kau. Cuba la hormati sikit. Kalau kau hormati orang lain, secara automatik orang lain pun akan hormati kau. Haaa.. Kan fair tu?


3) Trendy

Bergaya sakan aku tengok dorang ni. Dari topi, rambut bermacam-macam stail, baju nak up, seluar suka kecik-kecik *tak pun yang londeh*, sampailah kasut yang fashionable tu. Haaa.. Kau mampu? Aku tak. Kaya betullah dorang ni. Budak-budak sekolah rendah pun mampu tau bergaya macam ni. Nak harapkan aku, jangan harap. Stail aku simple sangat.


4) Perasan macho

Eh, ni bukan perasan handsome, comel apa semua tu. Merokok. Itulah perkaataannya. Aku anti orang yang merokok. Serius! Tarak tipu maaa.. Budak-budak sekolah dah pandai merokok. Respek gila wa sama lu. Haha. Orang yang tak berpelajaran je suka merokok ni. Betul, dah tau rokok tu membahayakan kesihatan, buat apa nak hisap? Lupa pula, dorang ponteng kelas, mana nak belajar kan? Okay, macam panas la pula. Next!


5) Ponteng sekolah

Haaa.. Ni aku angin ni. Kalau aku jadi guru disiplin, memang naya la korang. Hoho. Aku tak faham dorang ni. Penat-penat ibu ayah bayar yuran apa semua untuk korang pergi sekolah, tapi korang ponteng. Apa manfaat yang korang dapat daripada ponteng sekolah tu? Rileks? Kebebasan untuk buat apa sahaja? Baik korang berhenti sekolah je, tak susahkan siapa-siapa. Lepas tu, suka hati korang la nak buat apa. Bebas!


Cukup la tu aku listkan 5. Maaf la kalau ada yang terasa. Huhu. Minta ampun tau. Sekadar renungan bersama.


Apa kata korang??

20 comments:

niesh™ said...

setuju. kurang ajar mulut budak zaman skarang. sedap je mulut mencarut.

najihahfara said...

budak zaman skang ikut dan je..
kalah kite zaman dulu2..
ase nak bagi jugak adoii

Ezad Skytech said...

entah la hira..tak paham betul dengan perangai budak2 zaman sekarang ni..

Ezad Skytech said...

rasanya no. 1 mmg betul kot..salah sikit je mesti nak keluar perkataan2 tu..erk..

Ezad Skytech said...

haa..no.2 tu jenis cakap tak boleh nak slow kan volume suara...macam mmber dia dok jauh je..heee~

Ezad Skytech said...

no.4 tu..serius..sy pon mmg anti asap rokok ni..haha~

Ezad Skytech said...

da elok dapat belajar..nak ponteng2..cuba tengok yg tak dapat nak masuk belajar kat sekolah tu bape ramai..bersyukur la sebab masih mampu lagi nak pergi ke sekolah..

Izzati Liyana Sabri said...

hihi. agak lah tu. kadang2 sbb pengaruh rakan sebaya. org buat pon mesti dia nak buat sekali. mencarut merokok, bergaya, ponteng tu kan.yang cakap kuat-kuat tu saje nak perhatian kot.takpon dia pekak. dia tak dengar pe die ckp. tu ckp kuat sikit tuh. hihi.

Gary Asip said...

err.... semua tuh aq buat~.. T^T.. sori2.. sentap sungguh~.. hehehe...

izatul fazlin said...

biasa la, zaman dah berubah...makin ke depan. pasni tak taw la camne plak perangainye..

Kancil 8349 said...

banyak faktor yang mempengaruhi keadaan seperti ini..dulu, kalau kita buat benda2 nie...mak bapa akan pukul kalau tak pun dibubuhnya lada terutamanya bab mencarut tu...lagi satu, hilang rasa tanggungjawab dalam diri mereka...

Zahirah said...

niesh, memang sedap je kan? hoho

Zahirah said...

kak najihah, zaman kita kena baik-baik. haha :D eh, ni nak bagi apa? hoho

Zahirah said...

haa.. kan izzat? entah kenapa dorang jadi macam ni. tak faham betul =___= tak reti nak bersyukur agaknya. haih

Zahirah said...

izzati, mungkin juga. yang pekak tu tak tahan. haha :D kesian betul. tapi setakat ni tak ada la pula tengok yang macam tu. selalu nak cakap kuat-kuat sebab nak tarik perhatian orang je =__=

Zahirah said...

eh gary, awak buat eh? erk. haha :D maaf ye~

Zahirah said...

izatun, budak-budak dah advance sangat kot. adeh. sabar je la~

Zahirah said...

thanks kancil~ setuju dengan ayat tu. tanggungjawab tu yang sangat penting. bila tak ada tanggungjawab, maka sivik pun tak ada la..

Anonymous said...

yg trendy tu agk menymph skit
esp tuk boys la yang agk2 cam nk berfesyen cam org bart
tp terlmpau dan menykitkn mata org
hehe^^
yg suke ckp mencrt pon xsuke gak
sana sini nak carut je
gam mulut bru taw
bile kte yg carut nak mara

Anonymous said...

Tuhan ambil nyawaku aku dah tak sanggup hidup lagi?!?kau kan maha pemurah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...