Assalamualaikum. Haaa.. Nak tanya ni, korang kenal tak Irine Nadia? Eh, tak nak buat cerita pun ni. Tanya je. Mesti majoriti kenal, kan? Kalau tak kenal, sila hentakkan kepala dekat dinding ye? Hoho. Sadis je.
Ehem ehem. Aku kenal dia sejak tahun 2009. Sejak zaman Friendster lagi. Saat dia merupakan gadis comel yang berbaju sekolah apa semua tu sampailah jadi tunangan orang. Okay, title belakang tu yang tak menahan. Gadis seusia dengan aku dah bertunang. Aku cemburu. Kawan sekolah aku pun dah ikut jejak langkah dia. Nak juga, boleh? Okay, itu sangat gedik! =__=
Jadi tunangan orang sangat mencabar ye wahai sahabat-sahabatku. Itu dugaan sebelum masuk alam perkahwinan. Kalau dah jadi isteri orang nanti, tanggungjawab tu makin bertambah. Sebab tu, aku tak fikir lagi nak kahwin apa semua. Belajar pun tak habis lagi. Jasmani, rohani, emosi dan fizikal kena kuat untuk hadapi segala musibah yang datang melanda.
Kita nak berkahwin bukan sekadar suka-suka. Dah bosan, cerai. Cari lain. Macam tu eh? Bukan. Kita bukan sekadar kahwin dengan pasangan kita malah seluruh keluarga dia. Kalau keluarga bakal pasangan kita tak restu, jangan cari pasal nak kahwin lari pula. Sendiri cari masalah. Lepaskan dia. Mungkin dia bukan jodoh untuk kita. Banyakkan berdoa supaya kita ditemukan seseorang yang telah ditakdirkan olehNya.
Apabila dah kahwin, setiap pasangan perlu tanamkan sifat seperti kejujuran, kesetiaan, kepercayaan. Percayalah. Bila kau jujur dalam sesuatu perhubungan tu, insya Allah kau boleh lalui semua masalah dengan mudah. Tak ada pula kau terkantoi sebab skandal dengan si mamat tu atau minah tu.
Kepercayaan sangat penting. Bila kau tak percaya dengan pasangan, tak perlulah kau teruskan hubungan tu. Buang masa je. Kau telah lukakan hati dia. Imej kau pun buruk selepas tu. Ingat senang ke nak buatkan si dia tu percaya kepada kau balik? Susah. Betul, susah sangat. Aku pernah lalui. Bila dah berlaku, aku macam terfikir, "Apa yang dia cakap semua tu betul ke tidak eh? Bahagian mana je yang dia jujur dengan aku?" Haaa.. Sampai macam tu sekali.
Kalau pasangan tu mempunyai minat yang sama, itu satu bonus. Tak semua orang macam tu. Tapi setiap pasangan perlu ada sifat bertimbang rasa. Jangan asyik nak salahkan orang tu, orang ni. Kalau kau mengalah, tak bermakna kau salah. Sebaiknya, mengalah untuk menjaga hubungan. Jika hal remeh-temeh, tak perlu nak bertengkak macam nak bunuh orang. Bincang elok-elok.
Eh, tiba-tiba aku bagi tips pula. Hehe. Peringatan untuk diri sendiri juga ni. Aku tak nak bagi harapan ataupun lukakan hati sesiapa. Harap-harap macam tu la. Insya Allah :)
Nota Kecil : Waktu taip entri ni, aku sedang asyik dibuai dengan lagu di blog Cik Irine ni. Terima kasih sebab buat aku ada idea untuk taip entri ni. Huuu..
Pesanan dari penaja : Wahai peserta segmenku, pagi esok aku buat entri special untuk korang eh? Tiba-tiba mood aku jadi macam ni. Hoho. Maaf~
14 comments:
kenal kenal.. kenal dia dr friendster gak..dulu die tegur sy dulu.. sekarang dah tunang dah pun..jeles gak..tambah lg sy ni setahun tau dr die..tp , tak semua org mampu .. so doakan dia kekal sampai bila2 ngn en amirul die tuh. :)
Erk... saya tak kenal... Ok hantuk kat dinding...huhuhu
hehe :D kenal juga dia. ehem ehem. betul tu. kalau dah mampu, boleh je kahwin. semoga mereka berkekalan. sangat comellah mereka :D
bella, adeh. haha :D it's ok. tak perlu hantuk betul-betul. naya je. hoho
ngeh3 irine nadia masuk kolej saya,junior baru ! tettt ! ;DDDD
suka dia jugak. sangat sangat comel kan kan. hehe. fasa menjadi tunangan orang merupakan antara fasa yg sukar sebelum tempuh alam pkahwinan. banyak kot dugaan time tuh. =.="
nak kawen jugakk..!ehem2..hehe
ye dlm berpasangan kena lah ada tolak ansur.tp rara sllu nk marah je.hehehe
sha, suka eh? jangan buli junior. tak baik :p
shaliza, sangat comel. haha :D yes, memang kena banyak bersabar :)
kak myra, adeh. bawa bersabar! haha :p
kak rara, ehem ehem. haha :D jangan marah-marah. nanti cepat tua. hoho
hmm..percaya, tolak ansur dan menerima lebih penting daripada cinta dalam sebuah rumahtangga. walaupun cinta tersangat penting.cinta saja tak cukup.ada orang cinta tapi merana sengsara kerna selalu gaduh..hati2 dalam memilih.hehe ;)
thankss kak . kita da dapat inisiatif da dari entri ni :)
Post a Comment