Tuesday, August 16, 2011

Apabila operasi jimat bermula..

Assalamualaikum. Ehem ehem. Dah ada yang baca ke entri STICKY POST aku tu? Hehe. Sebenarnya entri tu khas untuk MEREKA ni. Maaf tau kepada yang dah email aku. Tak apa, kalau tak ada feedback daripada mereka, aku masukkan nama yang dah email tu ye? :)


Okay, back to normal. Hari Sabtu hari tu aku kerja ikut jam. Tengah hari tu aku dah balik. Sementara tunggu ayahanda jemput, duduk dekat tepi tangga. Tiba-tiba muncul seekor kucing jalanan. Fuhhh.. Manja bukan main. Gesel-gesel dekat seluar aku. Dah la seluar warna hitam. Bila kena bulu dia yang berwarna perang tu, terserlah kontra seluar aku. Haha.


Kemudian pergi ke supermarket bersama anak buah aku sorang ni, Ziqri. Aku yang dukung dia. Ada orang pandang aku semacam. Hoho. Pelik ke? Jangan pelik la :p Tapi budak kecik ni berat. Dah la mak cik dia ni kurus. Haih.



Ni haaa budaknya. Comel tak saya? Awww.. :p


Malam tadi pun asyik layan dia ni je. Kemudian, sesi menjahit bermula. Petang tadi sibuk mencari kain untuk buat beg dan juga zip untuk buat bekas pensil. Tak perlu beli la. Bazir je. Kalau buat, jimat. Haha.


Ni la hasilnya..



Warna-warni tak? Hoho. Sebenarnya, aku nak buat yang jenis felt punya. Tapi aku fail betullah bahagian felt tu. Pernah la juga buat macam keychain. Lepas tu, terbengkalai sebab aku tak ada warna merah dan putih untuk buat domo. Hahaha. Alasan untuk malas buat la tu namanya :p


Nota Kecil : Masih fikirkan cara nak buat beg dengan senang-lenangnya untuk dibawa ke Universiti nanti. Lalala~ :p


8 comments:

Ezad Skytech said...

kreatif la awak ni..hee~

Ezad Skytech said...

haha..rasanya kalau saya dukung sepupu sy yg umur 3 tahun tu mesti org pandang pelik jugak kot..haha~

Anonymous said...

cntiknye pencil box tuh..bgos kimat2.. :D

najihahfara said...

akk g kelas bawak beg silang je dik..sakit jiwe sebab kene rebut bas pagi2..tension wooo

Zahirah said...

tak kreatif mana pun izzat. hoho

Zahirah said...

apa motif dorang eh izzat? huuuu..

Zahirah said...

asamasin, memang jimat. hehe

Zahirah said...

saya pun memang teringin nak buat beg silang la kak. tapi tengok bajet dulu macam mana. hoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...