Thursday, August 18, 2011

Blog, kau memang....!


Assalamualaikum dan selamat pagi. Korang ni ada perasaan yang sama dengan aku ke tak eh? Bukan ada perasaan terhadap aku ye? Hoho. Maksud aku, korang ni addicted dengan blog ke tak? Kalau aku, mesti ye je jawapannya. Pagi-pagi je mesti nak buka blog ni. Balik kerja, mesti buka juga walaupun tak taip apa-apa entri pada waktu tersebut. Malah, dah tutup sebab nak tidur pun boleh buka balik. Masa yang sikit pun boleh membuatkan aku terjah sebentar melihat perkembangan terbaru yang ditaip oleh para blogger. Kadang-kadang sempat pula aku buat autopost semata-mata nak update blog. Semua gara-gara BLOG! Haih. Hebat tak penangan blog?


Kadang-kadang mood aku boleh berubah. Walaupun tak update entri, aku jadi silent reader je dekat blog orang. Sekarang aku dah tak sempat nak blogwalking dan juga main terjah-terjah. Huwaaaa.. Sedih ~____~ Korang tunggu je la ye? Bila ada masa terluang, aku datang blog korang. Bukan tak sudi tau. Aku sibukkkkkk.. Sekarang aku kerap sakit belakang. Gara-gara KERJA! Tapi aku bertahan sebab masih ada 2 minggu sahaja lagi sebelum aku berhenti. Semata-mata mencari sesuap NASI!


Betul, aku tak tipu. Aku utamakan kerja. Tanpa kerja, aku tak tahu macam mana nak korek duit supaya dapat beli hidangan berbuka puasa, beli barangan untuk masuk Universiti nanti, lebih berdikari, berjasa kepada ibu bapa dan sebagainya. Susah nak cari duit. Walaupun gaji tidaklah beribu-ribu dan hanya beratus-ratus sahaja, namun aku tetap bersyukur. Sejak lepasan SPM lagi aku telah pun berjinak-jinak dengan alam pekerjaan.


Korang jangan sedih pula aku tak datang blog korang. Insya Allah aku akan rajinkan diri untuk komen setiap entri korang yang terbaru. Aku cuma perlukan masa yang sesuai. Blog adalah tempat aku untuk bersosial. Bukannya FACEBOOK! Eh, bukan buat benda tak senonoh ye. Puncanya, Facebook sangat membosankan hidup aku. Aku dah tak tau nak buat apa. Status pun malas nak update. Hehe. Korang perasan tak blog aku ni tak ada link untuk pergi ke Facebook aku pun? Kalau nak, minta. Tak nak, tak perlu cakap apa-apa. Abaikan. Hoho.


Nota Kecil : Entri aku pagi-pagi selalunya autopost. Aku bangun pukul 8 lebih. Waktu korang baca entri ni, aku baru nak bangun. Terus je on laptop. Fuhhh.. Hebat! :D

14 comments:

Firdaus Life said...

hehe blog memang best dan ketagih :D

Hafizin Jamil said...

tengah sedih la ni...cepat datang..hak3

Fadzli Amir said...

Aku pun sama..blog ni membuatkan aku tak tentu arah kalau tak bukak...walaupun just jenguk sekejap...hehhehe..kerja elok2...

Anonymous said...

hebat!hehe.;)

najihahfara said...

hahah same lah ngn akk
blog wat akk gile haha
tapi pasni bile dah kat kolej dah x bole slalu update da huhu :(

Najwa Not Nadrah said...

Saya pun macam kak hira jugak..hehe setiap masa nak duduk depan laptop semata-mata nak buka blog... FB memang saya dah tutup siap-siap , FB buat saya tak tenteram ,...hehe

Ala , bakal merindui kak hira =(

tia @ Ini Kisah Tia said...

kadang2 memang terpaksa guna auto publish jugak . bukan apa , takut blog tak berupdate . Tia sayang belog Tia tau :D

Zahirah said...

freaky kan memang hebat. satu hari 6 hingga 10 entri. hoho

Zahirah said...

h.j, kejap lagi saya terjah. sabar :D

Zahirah said...

fadzli, blog saja je dera kita kan? haha :D thanks! ;)

Zahirah said...

PC, hebat sikit je. orang lain terlebih hebat. 1 hari berpuluh-puluh entri =_____= haha

Zahirah said...

betul tu kak. saya pun tak tau bawa laptop ni ke tak nanti sebab laptop ayah. bukan saya punya ~____~

Zahirah said...

adik najwa, apa yang tak tenteram tu? huhu. eh, jangan sedih-sedih. chill! :D

Zahirah said...

kak tia hebat! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...