Tuesday, July 26, 2011

Apa? Kurang siuman?

*waktu ni dekat Johor*


Assalamualaikum. Haaaaa.. Ada sesiapa yang pernah bercakap ataupun berborak dengan orang kurang siuman tak? Cuba angkat tangan. Ni nak tanya pendapat ni. Best tak? Apa korang rasa? Ada apa-apa yang dorang cerita dekat korang tak? Haih. Banyak betul soalan. Hahaha.


Aku tanya ni mestilah ada sebab. Bak kata orang, kalau tak ada soalan, mana kan ada jawapannya? Uik, betul ke tu? Adeh. Suka-suka aku je. Hoho. Ok, aku sebenarnya nak cerita yang aku pernah mengalami situasi tersebut pada tahun lepas. Awal bulan April. Masa tu aku berada di Batu Pahat, Johor. Waktu tu, aku baru je berhenti kerja. Bulan 5 dah masuk matrik. So, jalan-jalanlah kejap dekat sana sebab kakak aku kerja sana. Alang-alang tu, aku jaga arwah pak cik aku dekat hospital selama seminggu.


Nak dijadikan cerita, aku keluar berjogging dengan kakak aku pada pagi Khamis. Maaf, tarikh tak ingat dah. Hehe. Aku lebih suka berjogging sorang-sorang. Kakak aku sibuk buat senaman apa entah. Dah cukup 5 round, aku jumpa dengan kakak aku. Lepas tu, sajalah nak pijak-pijak batu yang boleh melancarkan pengaliran darah ke seluruh anggota badan tu kan *tak ingat nama sebenarnya*. Sekali lagi aku pijak batu tu jauh sikit dari kakak aku.


Kemudian, datang seorang amoi. Dalam lingkungan lewat 20-an kot. Dia kata nak jadi kawan aku, boleh tak? Erk. Aku kalau orang nak berkawan, aku tak kisah. So, aku layan je la dia. Tapi bila dia asyik ikut aku, tanya itu, tanya ini, aku rimas wehhhhhh.. Haha. Semua orang yang ada dekat situ pandang aku. Amoi tu ada kenalkan ayah dia. Ayah dia ada buat signal yang anak dia tu kurang siuman sikit.


Aku mula perasan bila dia cakap pasal suami dia. Dia accident, lepas tu tak ingat apa dah. Suami dia dah tak ada. Dia putar belit ayat dia. Dia cakap dia suka aku. Dia dah tak suka lelaki. Aku dah takut. Hahaha. Serius, aku rasa nak lari balik rumah masa tu. Kakak aku ajak balik. Aku blah cepat-cepat.


Cerita ni bukan nak aibkan seseorang tau cuma nak berkongsi pengalaman. Karang ada orang fitnah aku, takut aku. Huuuu~

22 comments:

najihahfara said...

bahaye ni hihhi

Zahirah said...

akak tu yang bahaya. haha :p

cik pip said...

xpernah..takut kot..tengok diaorang ttbe ketawa..:~

Zahirah said...

hahaha. seram sejuk namanya tu~

Dzarief Zuhdi said...

pergh.. dasyat.. kat kg ada sorang pkcik kr siuman slalu datng umah atok.. asal dtg jer mintak rokok..haha

Zahirah said...

uik, tu je dia minta? erk. hahaha

Han Hanni said...

cik hani tak penah berborak dengan orng kurang siuman.. takuttt

Rean said...

betul ke die gila?ke mmg die ade hati kt awk?hehe..

Rohaizam Rosli said...

huhu takotnya... huhu giler la jumpa org yg cmtu... huhu...

ermm iejam singgah membalas kunjungan... huhu ~~~~ neway thanxxx singgah blog iejam...

Anyyss Shuhaimi said...

penah jugak jumpa..mintak duit sbb rumah terbakar,kena buatan orang,anak dia jahat..uishh

cikal ananda said...

Assalamualaikum,,
Kunjung awal nie cik,,
salam kenal dari indonesia ye,,
ku nak langganan nich..
makasi.

kotak bulat said...

tak pernh lg kb bual ngn org kurg siuman..hehhe

Zahirah said...

cik hani, saya mana tau yang amoi tu kurang siuman. saya layan je la. sekali dah tau, tak cakap apa dah. haha

Zahirah said...

imbobo, adeh. betullah. tak percaya pula dia ni. haaa.. jangan fitnah tau. haha :p

Zahirah said...

rohaizam, belum gila lagi kalau jumpa. cuma perasaan tu yang menakutkan. hahaha. cuba try~ :p

Zahirah said...

anyyss, macam tu sekali ke? tu sebab la kot dia jadi macam tu. kesian dia

Zahirah said...

cikal, waalaikumussalam. thanks a lot~ :D

Zahirah said...

kb kan hebat. tak perlu cakap dengan orang macam tu. hahaha :D

iPai said...

kesian plak kat amoi tuh .. atleast dia cakap dgn org, n interaksi dgn org .. bukan kureng sorang2 .. ada possibility utk baik kot ..

Mr.Superman said...

jogging kt tasik Yu ke?haha


eish..ada peminat lesbian :P x minat laki.bahaya betul.hahaha

Zahirah said...

erk. entahlah abang ipai. huhu

Zahirah said...

tasik Y la abang stalker oi. haha :D mana ada. ketuk karang :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...