Friday, July 15, 2011

Kalau Saya dapat RM300



Klik sini untuk tahu dengan lebih lanjut.


Berbalik kepada tajuk di atas, aku mempunyai sebab-sebab tertentu. Aku bukan mata duitan wehhh.. Aku kerja sepanjang cuti sementara tunggu nak masuk universiti ni. Hanya sebulan je aku duduk rumah. Tapi duit kerja aku tu untuk benda lain. Aku tahu bukan senang nak dapat duit macam tu je. Kita kena berusaha. Mana ada istilah duit jatuh dari langit. Siapa cakap? Meh bagitahu aku kalau ada. Tapi kalau rezeki kau dah ada depan mata, takkanlah kau tolak pula kan? Tu namanya tolak tuah. Ada juga istilah durian runtuh. Tapi masih ada ke macam tu eh? Wallahualam. Kalaulah aku dapat RM300 tu, ingatkan nak buat perbelanjaan universiti nanti. Almaklumlah, aku bukannya pandai sangat sampai nak dapat biasiswa tu. Sedihhhh ~___~ Kalau nak diharapkan PTPTN, alamatnya kena bayar kemudian hari. Kayanya aku nak bayar duit tu balik. Kalau sikit tak apa, kalau sampai ribu-raban, mana aku cekup duit banyak-banyak tu? Rompak bank? Oh, tidak sama sekali. Pinjam duit orang? Lagi naya aku nak bayar balik. Dugaan =_____=


Aku nak tag : kak najihah.

2 comments:

najihahfara said...

tq kamu..nnt akak join ye :)

Zahirah said...

hehe. ok! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...